Monday, December 17, 2007

Apakah makna tamadun menurut Islam, kepentingan sungai, dan tulisan awal tamadun


Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab iaitu mudun, madain dan madana.

Tamadun menurut Islam merangkumi konsep lahiriah, kebendaan dan kerohanian

Sebab-sebab kawasan lembah sungai dipilih menjadi lokasi penempatan awal manusia keranawujudnya bekalan air yang tetap. Sungai juga menyediakan asas pengangkutan dan perhubungan bersama-sama sumber protein. Iklim yang sesuai dan tanah yang subur turut menjadi cirri utama pemilihan kawasan sungai.

Tiga ciri penting dalam masyarakat bertamadun ialah wujudnya penempatan kekal, kehidupan berorganisasi dan sistem pemerintahan. Selain itu pengkhususan kerja, kewujudan agama dan kepercayaan bersama-sama teknologi dan bahasa serta tulisan.

Dua sistem tulisan awal masyarakat tamadun awal ialah cuneiform di Mesopotamia dan Hieroglif di Mesir serta Piktograf di Indus

Sunday, November 4, 2007

Perjanjian Hudaibiyah


Jelaskan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah

Semua pihak bersetuju mengadakan gencatan senjata 10 tahun.

Semua pihak bebas memilih pihak iaitu orang Islam Madinah atau Quraisy Mekah.

Orang Islam Madinah yang ke Mekah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dikembalikan.

Orang Quraisy Mekah yang ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.

Umrah hanya boleh dilakukan pada tahun 7 hijrah.

Monday, October 29, 2007

Kesan perjanjian Aqabah 2? Menarik soalan ini


Kesan perjanjian Aqabah 2 yang dimeterai oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk madinah?

Islam tersebar ke madinah

Penghijrahan berlaku dari mekah ke madinah oleh orang Islam

Penduduk madinah menerima orang Islam mekah sebagai saudara mereka

Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin madinah

Ciri-ciri dan petempatan awal Paleolitik


Ciri-ciri masyarakat yang hidup pada zaman paleolitik ialah:

Hidup secara nomad.

Mereka tinggal di tepi tasik, sungai atau gua

Mereka tinggal secara berkumpulan

Memburu han memungut hasil hutan serta menangkap ikan

Peralatan mereka agak kasar tetapi praktikal

Kawasan petempatan awal zaman ini di Malaysia ialah:

Kota Tampan dan Bukit Jawa serta Bukit Bunuh Perak

Gua Niah Sarawak

Tingkayu Sabah


Keperibadian Nabi Muhammmad Sebelum dilantik Menjadi Rasul?


Jelaskan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. sebelum baginda dilantik menjadi rasul?

Baginda sering berkata benar sehingga digelar al-Amin kerana sikapnya itu.

Bersikap amanah sehingga Khadijah sanggup menyerahkan modal untuk baginda menjalankan perniagaan.

Baginda menjalankan perniagaan secara jujur dan layanan baik kepada pelanggannya.

Mampu memimpin kerana meletakkan semula Hajar Aswad di tempat sepatutnya.

Ketua keluarga yang pengasih dan bertimbang rasa kepada anak-anak dan isteri baginda.

Baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana.

Baginda merendah diri dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

Baginda sering berfikir dan prihatin terhadap kehidupan masyarakat zamannya yang penuh tidak bermoral

Sunday, October 28, 2007

Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah melayu?


Apakah Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 sehingga ke hari ini.

Persetujuan menerusi pakatan murni membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dibentuk dengan Raja Berperlembagaan.

Perpaduan antara kaum dapat diwujudkan.

Keharmonian kaum dapat diwujudkan tanpa pertumpahan darah.

Membolehkan rakyat negara ini mentadbir dan menguruskan tadbiran negara mengikut acuan mereka sendiri.

Mewujudkan identiti masyarakat merdeka sejati.

Tiada perbezaan warna kulit, agama dan bangsa serta bahasa

Wednesday, October 24, 2007

Lagi Analisa SPM 2007...Topik Penting Sejarah


Ini lagi analisa saya mengenai soalan SPM tahun ini. Sila rujuk topik-topik ini. Sebahagian topik ini sudah saya bincangkan dalam blog ini. Cuba cari.

Kepentingan Mesir purba
 Mesopotamia
 Agama Hindu-buddha
 Zaman jahiliah
 Nabi Muhammad
 Penentangan kaum quraisy-makkah
 Perjanjian Aqabah
 Teori kedatangan islam ke AT
 Hukum adat tanah melayu
 Pendidikan awal TM
 Zaman gelap
 Revolusi Perindustrian/Pertanian

Monday, October 22, 2007

Soalan Ramalan Sejarah Bahagian 1


Saya telah membuat kajian dan mendapati bahawa soalan-soalan di bawah mampu memberi sedikit kelegaan kepada pelajar untuk menjawab soalan SPM mereka.

Pastikan anda sudah membuat pembacaan topik-topik ini.

Nasionalisme
 Pakatan murni
 Malayan union
 Kaum muda
 Pembentukan malaysia
 Konsep bahasa melayu
 Perlembagaan malaysia
 Rancangan malaysia
 Perang dunia pertama
 Pertubuhan antarabangsa

Thursday, October 11, 2007

Faktor-faktor Penyebaran Islam di AT



Faktor-faktor yang membantu penyebaran Islam di AT?

Disebarkan oleh pedagang yang datang berdagang
Sikap keterbukaan masyarakat AT

Berlakunya perkahwinan siasah dan biasa

Pengislaman raja dan golongan atasan menjadi ikutan rakyat

Keistimewaan Islam itu sendiri

Pendakwah dihantar ke kawasan tertentu untuk sebarkan Islam

Kerajaan Islam berperanan menjadi pusat kebudayaan dan intelektualan Islam

Kerajaan Islam menyebarkan Islam ke tanah jajahan dan negeri naungan

Monday, October 8, 2007

Syarat-syarat Menjadi Syeikh Kabilah....


Nyatakan syarat-syarat untuk seseorang menjadi syeikh dalam sesebuah kabilah?

Mudah sahaja.

Mesti disukai oleh ahli kabilah

Berfikiran matang

Gagah

Berani

Pandai berpidato

Dilantik atas persetujuan ramai

Pelabuhan Kedah Tua...



Pelabuhan Kedah Tua berkembang kerana beberapa faktor utama, antaranya:

Hubungan rapatnya dengan Kerajaan Srivijaya.

Hubungan dagang dengan China, Timur Tengah dan India

Gunung Jerai menjadi panduan kapal keluar masuk

Kedudukannya di laluan Selat Melaka

Terlindung daripada tiupan angina monsoon

Kemudahan menyimpan barang

Kekayaan hasil hutannya menjadi barang dagangan utama

Barangan dagangan luar mudah diperoleh

Sunday, October 7, 2007

Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah?


Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik dan Sepanyol? Memang banyak sumbangan kerajaan ini. Paling utama dalam bidang politik yang melibatkan sistem khalifah, wazarah, urus setia dan hijabah.

Sistem khalifah merujuk pelantikan khalifah sebagai ketua negara Islam. Wazarah pula merujuk wazir di pusat pentadbiran dan gabenor di peringkat daerah. Sistem urus setia melibatkan pentadbiran rekod dan surat menyurat serta hal-hal ketenteraan, polis dan kehakiman. Hijabah merujuk urusan hal-hal pemeriksaan terhadap orang yang ingin menemui khalifah.

Kerajaan ini juga menubuhkan banyak jabatan untuk melicinkan tadbirannya seperti Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Cop Mohor Pemerintah.

Aspek perundangan melibatkan hakim-hakim menggunakan ijtihad dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah untuk menjatuhkan hukuman. Hakim bersikap adil.

Kerajaan ini mewujudkan sistem pendidikan yang sistematik. Pendidikan bermula daripada peringkat rendah hingga ke peringkat universiti. Universiti Cordova merupakan universiti yang terkenal. Rakyat diberi peluan untuk belajar daripada golongan atasan dan bawahan.

Wujud juga bahagian penterjemahan di universiti yang membolehkan pelajar-pelajar mempelajari bahasa Yunani terutama pengetahuan yang ditulis dalam bahasa Yunani kerana bahasa ini telah diterjemahkan ke bahasa arab. Ilmu bahasa dan kesusasteraan berkembang pesat.

Dalam bidang perubatan, doktor-doktor memeprkenalkan disiplin ilmu kimia dengan meluas.Buku al-Feisir, al-Tasrif dan al-Kulliyat telah dihasilkan ketika ini.

Wednesday, October 3, 2007

Konsep ZOPFAN...apa itu?


ZOPFAN bermaksud kawasan aman, bebas dan berkecuali. Konsep ini memastikan Asia Tenggara tidak terlibat dalam sengketa antara kuasa-kuasa besar ketika Perang Dingin.
Konsep ini juga memastikan kawasan ini tidak mempunyai pangkalan tentera asing. Semua negara ASEAN telah menerima konsep ini dan Malaysia pula telah menjadi konsep ini sebagai kerangka utama dasar luar negara.
Begitu juga dengan negara-negara ASEAN lain.

Tuesday, October 2, 2007

Peranan MARA


Peranan yang dimainkan oleh MARA ialah:
Galak penyertaan orang melayu dalam perdagangan dan perindustrian.

Memberi bantuan teknikal dan kewangan kepada usahawan melayu untuk memulakan perniagaan

Galak pertumbuhan perusahaan kecil di luar bandar

Buat program untuk meningkatkan kemahiran penduduk luar bandar
.

Sunday, September 30, 2007

Gerakan nasionalisme tahap pertama Thailand?


Faktor munculnya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand ialah

rakyat gelisah kerana kerabat raja menguasai politik.
Penentangan raja berkuasa mutlak
Sistem pendidikan barat yang berkembang pesat
Sikap boros Raja Vajiravudh
Rakyat terdedah dengan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan
Kelemahan sistem tadbiran

Monday, September 24, 2007

Perjanjian Aqabah Pertama? Kandungannya.


Isi kandungan perjanjian Aqabah pertama? Perjanjian ini menyaksikan suku Aus dan Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul. Suku-suku ini juga berjanji akan membantu perjuangan Nabu Muhammad s.a.w. Mereka juga tidak akan melakukan amalan jahiliah lagi. Mereka juga tidak akan melakukan amalan mencuri, minum arak dan tidak membunuh bayi perempuan lagi.

Sunday, September 23, 2007

Kemunculan Renaissance...apakah punca-puncanya



Apakah faktor-faktor tercetusnya Renaissance di Eropah? Faktor pertama ialah kemunculan aliran pemikiran humanisme. Aliran ini memastikan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalahnya. Muncul juga beberapa tokoh yang mempelopori aliran humanisme ini seperti Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio. Begitu juga dengan pertembungan budaya di Bandar-bandar di Itali yang menyaksikan pertembungan bahasa dan agama berlaku bersama-sama.

Manakala pedagang yang kaya menjadi patron atau penaug kegiatan cendekiawan ini dengan memberikan wang. Kunjungan tokoh-tokoh ini dari satu Bandar ke Bandar yang lain turut membantu penyebaran idea renaissance ini. Malah Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman atau cendekiawan ini. Perkembangan semangai individualisme. Keadaan ini mewujudkan semangat membina kemahiran dalam semua aspek intelektual.

Martin Luther pejuang pembaharuan gereja


Reformasi yang diperjuangkan oleh Martin Luther telah menghasilkan beberapa idea seperti menentang amalan pemberian Indulgences. Refomasi juga menekankan aspek manusia harus bergantung kepada kekuatan rohaninya. Martin Luther juga menentang kedudukan Gereja Roman Katolik secara terus. Semua idea reformasi Martin Luther ini dikenali sebagai mazhab Protestan. Perkataan “protesting” itu merujuk membantah. Antara bantahan beliau yang ketara ialah mencabar kewibawaan paderi terutama paderi yang mengamalkan amalan yang tidak baik.

Thursday, September 20, 2007

Candi Borobudur...Ciri-cirinya melambangkan agama Buddha?


Candi Borobudur merupakan salah satu binaan yang mengagumkan saya. Cuma dalam soalan peperiksaan candi ini sering dikaitkan dengan ajaran Buddha. Jadi apakah ciri-ciri candi ini yang melambangkan agama itu?

Sudah pasti ciri terpenting ialah candi ini mewakili agama Buddha Mahayana. Setiap tingkat candi ini melambangkan satu tahap kehidupan manusia. Tingkat ini pula diwakili oleh patung Stupa dan patung Buddha. Di tingkat pertama juga terdapat ukiran cerita tentang kehidupan Gautama Buddha. Tiga tingkat candi ini melambangkan tiga tahap kehidupan yang dilalui oleh manusia. Konsep SILA, SAMADHI dan PANNA amat penting dalam agama ini. Candi ini mengambil masa selama 75 tahun untuk disiapkan.

Menarik tak?

Sunday, September 16, 2007

Zaman Jahiliah lagi....ciri-ciri


Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah faktor masyarakatnya tidak mahu menerima kebenaran yang sebenarnya. Masyarakat juga tidak mengikut ajaran nabi-nabi sebelumnya. Mereka tidak menyembah Allah sebaliknya menyembah berhala pula. Keadaan ini berlaku kerana kepercayaan mereka terhadap animisme. Begitu juga kehidupan masyarakatnya yang kucar-kacir. Kehidupan yang tidak teratur ini akibat ketiadaan nabi dan kitab suci untuk dijadikan petunjuk. Ringkasnya akhlak masyarakat ketika ini jauh rendah.

Thursday, September 13, 2007

Zaman Jahiliah....zaman gelap arab?


Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah faktor masyarakatnya tidak mahu menerima kebenaran yang sebenarnya. Masyarakat juga tidak mengikut ajaran nabi-nabi sebelumnya. Mereka tidak menyembah Allah sebaliknya menyembah berhalapula. Keadaan ini berlaku kerana kepercayaan mereka terhadap animisme. Begitu juga kehidupan masyarakatnya yang kucar-kacir. Kehidupan yang tidak teratur ini akibat ketiadaan nabi dan kitab suci untuk dijadikan petunjuk. Ringkasnya akhlak masyarakat ketika ini jauh rendah.

Monday, September 10, 2007

Zaman Gelap...ciri-cirinya


Zaman Gelap merupakan satu bab yang saya anggap menarik dalam subjek sejarah. Keadaan yang berlaku di Eropah ketika itu memang mengagumkan kerana sekarang Eropah dianggap moden tetapi ketika inilah kawasan itu dianggap terlalu kolot, mundur dan bermasalah.

Zaman ini menyaksikan tiadanya pentadbiran berpusat yang berkesan untuk memastikan tadbiran berjalan lancar. Namun, sistem feudal telah tertanam dalam minda masyarakat. Keadaan ini dibuktikan dengan kewujudan golongan baron atau pemilik tanah yang berkuasa.

Para petani pula terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah yang memberi perlindungan kepada petani tadi setelah mereka mengerjakan tanahnya. Petani yang tidak mampu membayar cukai terpaksa menjadi hamba. Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja apabila tuan tanah memberi khidmat dan membayar cukai kepada raja.

Thursday, September 6, 2007

Orang Melayu peneroka, pedagang dan pelaut terkemuka di AT


Baiklah, kali ini saya cuba jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan orang Melayu berjaya menjadi pelaut, pedagang dan peneroka terulung di Asia Tenggara pada zaman awal.

Sudah pasti faktor utama berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penggunaan bahasa ini memudahkan perhubungan dengan masyarakat tempatan.

Selain itu, kedudukan Semenanjung Melayu yang strategik telah menyebabkan orang Melayu memiliki banyak pelabuhan yang strategik dan lengkap dengan kemudahan seperti Melaka.. Kewujudan pelabuhan seperti ini sudah pasti memarakkan kedudukan orang Melayu.

Begitu juga dengan semangat orang Melayu yang kuat untuk meneroka terutam kawasan baru. Sikap ini menyebabkan mereka tidak bimbang untuk menghadapi cabaran terutama halangan yang getir.

Orang Melayu juga memiliki kuasa politik yang unggul dengan wujudnya pelbagai kerajaan awal. Keadaan ini menyebabkan mereka mempunyai kuasa politik yang berpengaruh.

Orang melayu juga terkenal sebagai pembuat kapal yang unggul. Pengalaman mereka telah menyebabkan mereka mampu menghasilkan kapal yang tahan megharungi cabaran lautan yang ganas.

Kemahiran membuat kapal ini diluaskan dengan kemahiran ilmu pelayaran. Mereka mahir untuk mencari arah dan kedudukan kerana sudah biasa meredah lautan yang luas itu.

Monday, September 3, 2007

Angkor Wat binaan agung?


Pelajar saya bertanya kepada saya apakah binaan lama yang saya agungkan. Saya berfikir sebentar kemudian ungkapan Angkor Wat terkeluar daripada mulut saya. Sebab saya kagum terhadap binaan ini mudah sahaja.

Pertama, ketinggiannya mencecah 213 meter. Satu ketinggian lampau yang memang menarik. Kedua keluasan kawasannya meliputi 208 hektar. Terlalu luas umpama satu bandar zaman sekarang. Angkor Wat mempunyai menara di setiap sudut dan bahagian pemujaan di tengahnya. Tempat pemujaan ini pula memiliki binaan setinggi 39 meter. Binaan ini juga memiliki menara di setiap sudutnya.

Manakala satu tembok yang menarik mengelilinginya. Tembok batu yang kelilinginya dikatakan mempunyai kelebaran 850 meter dan 1 000 meter panjang. Angkor Wat juga menarik kerana dinding tembok ini mempunyai ukiran epik Ramayana dan Mahabharata.

Sunday, September 2, 2007

Pakatan Murni...penyebab TM harmoni?


Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni? Wah soalan ini berkaitan dengan kemerdekaan, parti politik dan keharmonian negara. Pelajar saya seringkeliru dengan konsep ini yang dianggap mudah dan tidak berharga. Sebenarnya, Pakatan Murni merujuk usaha semua kaum di TM untuk menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik menerusi perundingan. Pakatan ini dilihat sebagai satu jalan penyelesaian tuntutan dan masalah kaum yang timbul sebelum ini. Pakatan ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menyatupadukan pelbagai kaum yang terdapat di negara kita. Pakatan Murni boleh dikatakan sebagai intipati yang membawa kepada keharmonian dan kemakmuran di negara ini.

Thursday, August 30, 2007

Penentangan-penentangan Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Orang Arab Quraisy memang tidak suka akan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.dan sanggup melakukan pelbagai penentangan terhadap baginda. Nabi Muhammad s.a.w. ditentang melalui penggunaan kekerasan.

Selain itu, bentuk penentangan lain ialah baginda dicemuh dengan kata-kata kesat. Malah ketika baginda beribadat, baginda turut diganggu. Pengucapan puisi yang mengejek Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam turut dilakukan. Pelbagai tuduhan dan tohmahan turut dilemparkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Monday, August 27, 2007

Kepentingan Bahasa Sanksrit lagi


Apakah peranan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara? Itulah pertanyaan pelajar saya ketika saya sedang melangkah masuk ke dalam LRT bersama-samanya. Saya merenung wajahnya lama-lama. Sudah banyak kali saya ditanya soalan ini dalam tempoh terdekat ini. Saya terkejut dan hairan. Kemudian saya menjawab dengan perlahan.

Bahasa itu berperana sebagai bahasa keagamaan, bahasa sastera (kesusasteraan), bahasa ilmu dan bahasa komunikasi kerajaan serta menjadi bahasa untuk ditulis pada batu bersurat.

Kata saya, cuba anda rujuk buku teks sejarah T4. Katanya muka surat berapa? Saya menjawab dengan kuat m/s 93-94. Moga-moga saya tidak tersilap merujuk muka surat itu.

Peranan Bahasa Sanskrit di Asia Tenggara


Apakah peranan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara? Itulah pertanyaan pelajar saya ketika saya sedang melangkah masuk ke dalam LRT bersama-samanya. Saya merenung wajahnya lama-lama. Kemudian saya menjawab dengan perlahan.

Bahasa itu berperana sebagai bahasa keagamaan, bahasa sastera (kesusasteraan), bahasa ilmu dan bahasa komunikasi kerajaan serta menjadi bahasa untuk ditulis pada batu bersurat.

Kata saya, cuba anda rujuk buku teks sejarah T4. Katanya muka surat berapa? Saya menjawab dengan kuat m/s 93-94.

Sunday, August 26, 2007

Perjanjian Tordesillas...apa itu?


Perjanjian Tordesillas? Perjanjian ini merujuk perjanjian antara Portugal dengan Sepanyol. Kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik dimiliki oleh Portugal dan kawasan ke barat dianggap pula milik Sepanyol. Perjanjian ini bertujuan menghalang konflik antara kedua-dua negara itu.

Wednesday, August 22, 2007

Sistem Pendidikan Pondok?


Sistem Pendidikan Pondok? Satu sistem pendidikan pengajian Islam yang diamalkan di Tanah Melayu dan Patani serta Jawa. Subjek hadis, usuluddin, tasauf dan tafsir diajar di sekolah ini. Bahasa pengantarnya lebih kepada bahasa melayu dan arab. Pelajar di sekolah ini menyediakan makanan mereka sendiri. Di Jawa sekolah ini dikenali sebagai pesantren.

Sunday, August 19, 2007

Kejatuhan harga getah....Kaedah atasinya?


Kejatuhan harga getah telah menyebabkan British terpaksa membuat beberapa langkah drastik. Antaranya ialah British telah meninggikan kadar bayaran cukai atau premium untuk permohonan memperoleh tanah baru.

British juga memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson untuk mengawal pengeluaran getah. Sistem kupon turut diperkenalkan untuk mengawal jumlah penoreh getah.

Malah British turut melarang pembukaan tanah baru untuk getah. Selain itu, penubuhan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada 1934 telah dianggap cara terakhir dengan langkah sistem kuota diperkenalkan juga.

Thursday, August 16, 2007

Perubahan politik AT oleh penjajah?


Perubahan politik yang dibawa oleh penjajah di Asia Tenggara memang banyak.Paling terkenal ialah Indonesia kerana di sana Belanda telah menyatukan kerajaan di bawah satu sistem pusat dan pentadbiran tempatan. British pula telah mewujudkan jawatan pesuruhjaya tinggi di Burma untuk mengantikan sistem beraja di negara itu. Manakala di Filipina, Sepanyol memperkenalkan sistem pemerintahan pusat dan encomienda yang merujuk sistem tadbiran peringkat daerah pula. Negeri-negeri Tanah Melayu pula menyaksikan British telah mewujudkan negeri-negeri selat, negeri-negeri melayu bersekutu dan tidak bersekutu. Di IndoChina, Perancis telah membentukm jawatan Gabenor Jeneral untuk memerintah di pusat.

Monday, August 13, 2007

Perang dalam sejarah Islam...


Perang antara orang Islam dengan Quraisy Mekah.

Perang Badar berlaku 2 Hijrah dan orang Islam telah menang.

Perang Uhud berlaku 3 Hijrah dan orang Islam tewas kerana mereka melanggar arahan Nabi s.a.w.

Perang Khandak berlaku 5 Hijrah dan orang Islam menang kerana gabungan Quraisy dengan Yahudi Madinah gagal menembusi pertahanan Islam.

Perang Tabuk berlaku 8 Hijrah antara Islam dengan Rom yang menyaksikan tentera Rom tidak meneruskan peperangan kerana gentar dengan kekuatan Islam.

Friday, August 10, 2007

Imperialisme...SPM 2007


Imperialisme merujuk polisi sesebuag negara yang meluaskan kuasanya terhadap negara lain dengan menjajah untuk memenuhi kepetluan-keperluannya yang tersendiri. Soalan ini memang mudah kalau ditanya dalam peperiksaan SPM.

Imperialisme barat di AT berlaku berkaitan dengan beberapa faktor seperti:
Kedudukan AT yang strategik
Kekayaan bahan mentah
Revolusi industri di Eropah
Penciptaan komunikasi – telegraf
Persaingan kuasa-kuasa besar di Eropah
Pembukaan terusan suez
Kemajuan sistem pengangkutan
Menjamin pasaran untuk hasil pengeluaran Eropah
Slogan beban orang putih


Kedatangan penjajah barat ini telah dihalang oleh kemunculan semangat nasionalisme di AT yang berkaitan dengan faktor-faktor:
Pengaruh media massa
Dasar penjajahan barat itu sendiri
Kemunculan intelektual
Pengaruh agama
Pengaruh negara luar
Perkembangan sistem pangngkutan dan perhubungan
Karya sastera yang meluas

Thursday, August 9, 2007

Tahap Perkembangan Nasionalisme di AT


Perbezaan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara memang ketara. Pastikan anda menulis perbezaan itu sebagai dua tahap.

Tahap pertama atau awal
Penentangan terbukan tetapi bersifat setempat sahaja.
Tidak mmpunyai organisasi
Dipimpin oleh pemimpin golongan pertengahan
Menekankan aspek kesedaran politik, hak, taraf hidup dan tidak meminta kemerdekaan dengan segera atau drastik.

Tahap kedua
Penentangan lebih radikal dan terbuka
Penubuhan organisasi politik mula kelihatan
Dipimpin oleh pemimpin berpendidikan barat atau asia barat dan berpengalaman luas
Menuntut kemerdekaan dan berkerajaan sendiri.

Monday, August 6, 2007

Kaum Muda dan Melayu Raya atau Indonesia Raya


Kaum Muda melalui Gerakan Islah telah memperjuangkan beberapa isu. Antaranya ialah melihat agama Islam dari sudut kemajuan dunia. Mereka juga mahu pembangunan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu diperkembangkan. Isu yang mereka perjuangkan turut menyentuh pemupukan sikap menentang penjajah dan mengkritik raja dan pembesar yang tidak mahu memajukan orang melayu.

Melayu Raya atau Indonesia Raya? Idea untuk mengabungkan Tanah Melayu dan Indonesia sebagai satu negara. Idea ini bertujuan untuk menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu lama seperti Majapahit, Melaka dan Srivijaya. Idea ini dianggap agak menonjol.

Sebab-sebab Penduduk Tempatan Menentang British?


Sebab-sebab penduduk tempatan menentang penjajahan British memang mudah dihafal. Pertama, dasar penaklukan British terhadap negeri melayu dalam usaha untuk mengukuhkan pegangan kuasanya. Tindakan British untuk menguasai ekonomi menerusi dasar-dasarnya yang tertentu turut menimbulkan penentangan ini. Malahan, peraturan yang telah diperkenalkan oleh British menyulitkan kehidupan orang tempatan. Keadaan ini ditambah oleh campur tangan pegawai British dalam hal adat resam tempatan. Pengenalan sistem tadbiran barat turut menambahkan penentangan ini.

Sunday, August 5, 2007

Wali Songo vs Batu Bersurat Terengganu...menarik soalan SPM


Siapa Wali Songo? Wali Songo merujuk sembilan tokoh ulama yang hidup pada abad ke-15 hingga 16 masihi. Mereka terkenal kerana konsep pengajaran mereka yang mengutamakan kesedaran dan menanam konsep amal dan kerja yang sejati.

Ulama ini juga cuba menghapuskan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat dengan menegur mereka yang malas. Ajaran mereka juga menekankan aspek jangan membazir atau mengutamakan kehidupan mewah duniawi.

Batu Bersurat Terengganu telah ditemui pada 1899 dan bertulisan jawi. Batu ini menerangkan kepentingan mengerjakan perkara yang diminta oleh hukum syarak, undang-undang keluarga, hukuman kepada orang yang melakukan zina dan mereka yang tidak membayar hutang.

Thursday, August 2, 2007

Confucis....ajaran yang mulia


Tamadun China telah menyumbangkan ajaran Confucianisme dan Taoisme. Kali ini saya ingin menjelaskan konsep yang ada di dalam confucianisme. Pengasas ajaran ini ialah Confucis. Namun, ajaran ini telah menjadi satu kepercayaan yang menyebabkan Confucis telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam orang Cina. Ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi iaitu ren, li, dqan xiao. Ciri kemanusiaan, kesusilaan dan ketaatan kepada ibubapa. Dalam ajaran ini seseorang itu perlulah mencapai tahap pendidikan untuk mencapai ketinggian dalam aspek moral. Prinsip moral ini juga harus diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Sunday, July 29, 2007

Kuasa Agong begitu banyak...satu renungan


Kuasa Yang di-Pertuan Agong memang banyak dan soalan ini pada pandangan saya memang penting untuk SPM 2007. Pertama Agong merupakan ketua negara iaitu baginda mengetuai badan perundangan, badan pemerintah dan kehakiman. Baginda juga mampu memperkenakan undang-undang. Bagindajuga boleh membubarkan atau memanggil mesyuarat Parlimen.

Baginda ketua tertinggi angkatan tentera. Selain itu, baginda boleh mengampunkan atau menangguhkan sesuatu hukuman yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

Begitu juga baginda mempunyai kuasa untuk menjaga dan memelihara kedudukan han hak-hak istimewa orang melayu. Baginda juga ketua agama islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan selain negri baginda.

Usah lupa bahawa baginda boleh melantik perdana menteri mengikut budi bicaranya dan melucut atau melantik jemaah menteri. Baginda juga boleh melantik pengerusi dan timbalan pengerusi suruhanjaya perkhidmatan awam selain peguam negara dan ketua audit negara. Malahan, semua duta-duta dilantik oleh baginda juga.

Jadi, memang Agong kita mempunyai kuasa yang banyak walaupun kita seolah-olah melihat baginda tiada kuasa sekali pandang.

Wednesday, July 25, 2007

Kawasan Pegangan dan Pemakanan...

Saya suka topik ini kerana konsepnya yang lucu tetapi besar pengaruhnya dalam kesultanan melayu. Mudah nak ingat.

Kawasan pegangan ialah kawasan pentadbiran bagi pembesar peringkat pusat. Bendahara memerintah Muar dan Bintan. Penghulu Bendahari memerintah Sening Hujung dan Kampar manakala Laksamana memerintah Siantan dan Sungai Raya.

Kawasan pemakanan merujuk kawasan pembesar jajahan dan daerah memungut cukai.

Monday, July 23, 2007

Malayan Union soalan penting dalam SPM


Penubuhan Malayan Union penting kepada British?

British menubuhkan MU dengan tujuan untuk menukarkan taraf dari negeri naungan menjadi negeri tanah jajahan British.

MU juga dibuat untuk mengawal dan menjaga pelaburan ekonomi dan kepentingan British.

MU dianggap mampu menyatukan sistem pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu. British berharap penubuhan MU mampu memberi kewarganegaraan kepada semua kaum untuk mewujudkan bangsa Malaya.

Selain itu MU dianggap mampu menjimatkan kos pentadbiran penjajah. Mu juga diharap mampu mengawal kuasa politik orang Melayu.

Harus pelajar ingat bahawa MU mengecualikan Singapura dalam pelaksanaannya.

Orang Melayu menentang MU?

Jadi agak jelas sebab orang Melayu menentang MU ialah kerana menganggap keudalatan dan kuasa-kuasa sultan telah terancam.

Bimbang orang bukan melayu diberi kewarganegaraan berdasarkan konsep jus soli.

Tidak memberikan masa yang panjang untuk sultan-sultan berbincang tentang MU.

Penggunaan ugutan dan paksaan oleh MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan.

Kedudukan ekonomi dan politik orang melayu terjejas.

Sunday, July 22, 2007

Konsep Dewa Raja


Dalam SPM, soalan tentang konsep Dewa Raja dan Islam memang pernah ditanya. Kedua-dua konsep ini melihat kedudukan sultan memang berbeza. Dalam konsep Dewa Raja, sultan dianggap pemerintah yang luhur dan suci. Manakala dalam konsep Islam sultan pula dianggao sebagai Amirulmukminin atau wakil Tuhan di bumi. Sultan juga dianggap sebagai ketua umat Islam.

Daulat pula dikukuhkan dengan beberapa cara. Pertama ialah penggunanan bahasa. Penggunaan bahasa dalam yang ditegah digunakan oleh rakyat biasa telah mengukuhkan kedudukan sultan. Perkataan santap, bersiram dan titah.

Penggunaan warna juga penting iaitu warna kuning menjadi warna rasmi negara dan sultan. Penggunaan payung putih dikhaskan untuk sultan dan payung kuning untuk anak raja. Malah barang perhiasan lain dan perahu baginda turut berwarna kuning.

Hak istimewa raja turut dikukuhkan dengan rakyat tidak boleh menderhaka kerana menderhaka akan menerima tulah. Penggunaan emas juga dilarang dalam kalangan rakyat kecuali dianugerahkan oleh sultan. Emas hanya boleh dipakai oleh sultan dan keturunannya. Sultan juga berkuasa dalam menggubal undang-undang.

Daulat raja juga dikukuhkan dengan penggunaan alat kebesaran raja. Nobat digunakan ketika upacara rasmi. Begitu juga penggunaan cop mohor, keris, tepak sirih dan kendi menjadi lambang kedaulatan raja.

Saturday, July 21, 2007

Peranan Malaysia dalam Komanwel


Soalan SPM tentang Komanwel mungkin agak jarang keluar tetapi bahagian ini memang berkaitan dengan negara kita. Bukan sahaja kita menjadi anggotanya tetapi sejarahnya turut berkait rapat dengan negara kita. Jadi cuba kita kaji ciri-ciri Komanwel:

Pertubuhan ini tidak mempunyai perlembagaan yang bertulis. Selain itu bahasa Inggeris digunakan dalam hubungan antara negara-negara anggota. Raja British (Permaisuri) menjadi ketua pertubuhan ini selain menjadi lambang perpaduan pertubuhan. Sistem pentadbiran dan kehakiman negara anggota berasaskan sistem British. Malah, ciri yang paling ketara ialah semua negara anggota pernah menjadi tanah jajahan British.

British menubuhkan Komanwel atas beberapa faktor iaitu:

Kepentingan sosial yang melibatkan Sukan Komanwel bagi memupuk hubungan persahabatan antara anggota. Pemberian biasiswa yang melibatkan pelajar miskin untuk belajar di universiti negara-negara anggota.

Kepentingan Pertahanan juga penting kerana ketika itu Malaysia sedang menghadapi masalah dengan Indonesia. Perjanjian Pertahanan telah dibuat antara Malaysia, Britain, Australia, New Zealand dan Singapura yang menyaksikan semua negara terbabit bebas membuat keputusan untuk membantu atau tidak jika sesebuah negara anggota diancam oleh kuasa lain.

Kepentingan ekonomi juga jelas kerana Rancangan Colombo menyaksikan negara-negara maju membantu memajukan negara-negara anggota yang miskin. Begitu juga penubuhan Pertubuhan Blok Sterling yang menjadi tabung bagi negara-negara anggota untuk mengasaskan nilai mata wang mereka dengan mata wang British.

Peranan Malaysia dalam Komanwel? Memang banyak. Antaranya menjadi tuan rumah mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Malaysia juga aktif menimbulkan isu-isu antarabangsa seperti Isu alam sekitar melalui Deklarasi Langkawi, hak-hak asasi manusia dan penentangan dasar Apartheid.

Friday, July 20, 2007

Sistem Kerah vs Serah


Soalan ini pernah keluar dalam peperiksaan SPM tetapi sudah lama. Jadi,apabila ada pelajar saya bertanyakan soalan ini minda saya melayang jauh untuk mengingati semula soalan itu. Menarik.


Dalam sistem feudal , tanggungjawab rakyat kepada pembesar agak jelas. Pertama ialah Sistem Serah iaitu rakyat menyerahkan sebahagian hasil tanaman mereka kepada pembesar sebagai balasan membenarkan mereka menggunakan tanah pembesar itu. Jumlah yang harus diserahkan pula bergantung kepada pendapatan yang diterima dalam musim itu.

Manakala Sistem Kerah pula menekankan keperluan rakyat memberikan tenaga untuk membuat sesuatu kerja yang berat untuk pemerintah seperti membina jambatan,kubu pertahanan dan jalan raya. Sistem ini melambangkan kesetiaan rakyat kerana tugas mereka ini tidak dikenakan bayaran gaji.

Dalam masa yang sama tanah dianggap dimiliki oleh raja. Rakyat hanya bekerja di tanah itu. Sempadan antara daerah atau kuasa pembesar pula ditentukan oleh sungai atau anak sungai yang melalui tanah tertentu. Ada juga tanah yang dianugerahkan kepada pembesar kerana jasa-jasa atau sebab-sebab tertentu.

Pelajar juga usah lupa bahawa hasil hutan terutama di Terengganu menjadi milik pembesar. Rakyat yang mengutip hasil hutan itu hanya menjualkannya kepada pembesar berdasarkan harga yang telah ditentukan dahulu.

SPM Bahasa Melayu...azman-duniaku.blogspot.com


Peperiksaan SPM semakin hampir. Jadi, untuk pengetahuan pelajar saya selain blog ini, saya juga mempunyai blog tentang BM SPM dan PMR. Sebenarnya blog itu lebih lama daripada blog belajarsejarah ini. Tujuannya sama iaitu untuk memberi satu ruang kepada pelajar untuk memahami subjek BM dengan lebih baik dalam bentuk yang baru dan memudahkan mereka.


Saya yakin blog BM ini mampu memberi bantuan kepada pelajar yang memasukinya kerana blog ini cuba menyesuaikan keperluan pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan SPM. Jadi, saya harap anda gunakan peluang ini dengan baik. Cuma anda harus sedar bahawa latihan demi latihan merupakan asas kejayaan dalam mana-mana peperiksaan pun.


Terus belajar pelajarku.

Sunday, July 15, 2007

Sistem tulisan Tamadun Mesir


Tulisan merupakan hasil ciptaan yang penting dalam sesebuah tamadun. Masyarakat Mesir memang mempunyai tulisan yang mempunyai kepentingan dalam tamadun mereka. Jadi,pastikan anda memahami kepentingan tulisan ini.

Tulisan orang Mesir lebih dikenali dalam bentuk gambar yang dikenali sebagai Hieroglif. Tulisan ini diukir pada natu dan kayu untuk memudahkan pembacaan. Ada juga yang ditulis di atas kertas papyrus. Penggunaan dakwat dan berus berlaku secara meluas dalam penghasilan tulisan ini. Tulisan ini bertujuan untuk merekodkan upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil mereka. Malah, tulisan ini juga digunakan untuk mencatat rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai. Kewujudan tulisan ini memudahkan rumah ibadat untuk menjalankan kegiatan pendidikan pula.Dalam pendidikan mereka, penekanan diberikan untuk melahirkan pegawai kerajaan yang sempurna dan terlatih terutamanya dalam penulisan seperti jurutulis.

Tuesday, July 10, 2007

Kesan Tembungnya tamadun Islam?


Bahagian tamadun Islam merupakan bahagian yang penting. Biasanya soalan akan menjurus ke arah kesan yang timbul. Kali ini saya cuba mengetengahkan kesan pertembungan daripada aspek agama dan kebudayaan. Sila lihat contoh jawapannnya.

Kesan pertembungan tamadun Islam dari segi keagamaan dan kebudayaan

Keagamaan
Islam membawa satu nilai akidah yang paling penting iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t.
Menyediakan sistem perundangan yang tersendiri berdasarkan al-Quran dan habis
Islam yang berasaskan akidah dan syariah mudah diterima oleh semua golongan
Islam juga bersifat sarwajagat iaitu tidak terbatas kepada bangsa dan kaum
Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya nilai setempat

Kebudayaan
Islam mempengaruhi perkembangan-perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum bukan sahaja kepada pendidikan berbentuk agama tetapi pendidikan yang merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi
Cara berpakaian, berfikir, bertutur dan berdagang juga dipengaruhi oleh peradaban Islam
Semasa zaman Bani Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam telah mengamalkan cara hidup orang Islam
Mereka bertutur dalam bahasa arab dan berpakaian seperti orang Islam

Tuesday, July 3, 2007

Perjanjian Aqabah pentinglah


Perjanjian Aqabah merupakan soalan yang terkenal dalam peperiksaan.Biasanya pelajar tidak mempunyai masalah dalam menjawab soalan ini kecuali dalam menentukan perjanjian manakah yang menjemput Nabi Muhammad. Jadi, mungkin elok kalau pelajar melihat bahan yang disertakan di bawah ini dan usah lupa tentang kesannya.


Perjanjian Aqabah I
Berjanji tidak akan mencuri, membunuh, berbohong dan berzina
Berjanji akan melakukan kebaikan dan membantu Nabi Muhammad s.a.w. ketika susah atau senang

Perjanjian Aqabah II
Mengulangi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Menjemput Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib

Kesan Perjanjian Aqabah


Agama
Bebas melakukan aktiviti agama
Pembinaan masjid sebagai pusat aktiviti agama

Aqidah
Orang Arab disatukan di bawah akidah Islam

Wanita
Kedudukan kaum wanita sama taraf dengan kaum lelaki

Politik
Pembentukan sebuah negara Islam

Thursday, June 28, 2007

Pertembungan Tamadun Islam? Caranya...


Dalam sejarah perkembangan tamadun Islam merupakan bahagian yang kurang diminati oleh pelajar. Keadaan ini mungkin kerana pelajar menganggap bahagian ini tidak menarik dan sukar untuk mengaitkannya dengan sejarah semasa. Cuma, perlu saya ingatkan bahawa bahagian ini sering ditanya di dalam kertas peperiksaan. Jadi, kalau saya sudah pasti saya akan memastikan perkara ini saya pentingkan.

Ada lima cara pertembungan tamadun Islam yang mampu saya fikirkan untuk renungan pelajar.

Perdagangan dan perniagaan - Pengawasan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi, Laut Merah dan Timur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh laut menjadi salah satu alat pertembungan dengan tamadun lain

Hubungan diplomatik - Orang Islam dapat mengetahui cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun lain

Penaklukan dan ketenteraan - Berlakunya interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun lain akibat daripada kegiatan penaklukan dan ketenteraan

Kebudayaan - Kemasukan Islam ke Sepanyol telah membawa kepada kemunculan kebudayaan baru

Intelektual - Penyebaran Islam di Eropah telah membawa keuntungan kepada para intelek Islam. Mereka telah berjaya mendalami ilmu tamadun Eropah seterusnya memperkembang ilmu tersebut menurut perundangan Islam