Thursday, August 30, 2007

Penentangan-penentangan Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Orang Arab Quraisy memang tidak suka akan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.dan sanggup melakukan pelbagai penentangan terhadap baginda. Nabi Muhammad s.a.w. ditentang melalui penggunaan kekerasan.

Selain itu, bentuk penentangan lain ialah baginda dicemuh dengan kata-kata kesat. Malah ketika baginda beribadat, baginda turut diganggu. Pengucapan puisi yang mengejek Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam turut dilakukan. Pelbagai tuduhan dan tohmahan turut dilemparkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Monday, August 27, 2007

Kepentingan Bahasa Sanksrit lagi


Apakah peranan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara? Itulah pertanyaan pelajar saya ketika saya sedang melangkah masuk ke dalam LRT bersama-samanya. Saya merenung wajahnya lama-lama. Sudah banyak kali saya ditanya soalan ini dalam tempoh terdekat ini. Saya terkejut dan hairan. Kemudian saya menjawab dengan perlahan.

Bahasa itu berperana sebagai bahasa keagamaan, bahasa sastera (kesusasteraan), bahasa ilmu dan bahasa komunikasi kerajaan serta menjadi bahasa untuk ditulis pada batu bersurat.

Kata saya, cuba anda rujuk buku teks sejarah T4. Katanya muka surat berapa? Saya menjawab dengan kuat m/s 93-94. Moga-moga saya tidak tersilap merujuk muka surat itu.

Peranan Bahasa Sanskrit di Asia Tenggara


Apakah peranan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara? Itulah pertanyaan pelajar saya ketika saya sedang melangkah masuk ke dalam LRT bersama-samanya. Saya merenung wajahnya lama-lama. Kemudian saya menjawab dengan perlahan.

Bahasa itu berperana sebagai bahasa keagamaan, bahasa sastera (kesusasteraan), bahasa ilmu dan bahasa komunikasi kerajaan serta menjadi bahasa untuk ditulis pada batu bersurat.

Kata saya, cuba anda rujuk buku teks sejarah T4. Katanya muka surat berapa? Saya menjawab dengan kuat m/s 93-94.

Sunday, August 26, 2007

Perjanjian Tordesillas...apa itu?


Perjanjian Tordesillas? Perjanjian ini merujuk perjanjian antara Portugal dengan Sepanyol. Kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik dimiliki oleh Portugal dan kawasan ke barat dianggap pula milik Sepanyol. Perjanjian ini bertujuan menghalang konflik antara kedua-dua negara itu.

Wednesday, August 22, 2007

Sistem Pendidikan Pondok?


Sistem Pendidikan Pondok? Satu sistem pendidikan pengajian Islam yang diamalkan di Tanah Melayu dan Patani serta Jawa. Subjek hadis, usuluddin, tasauf dan tafsir diajar di sekolah ini. Bahasa pengantarnya lebih kepada bahasa melayu dan arab. Pelajar di sekolah ini menyediakan makanan mereka sendiri. Di Jawa sekolah ini dikenali sebagai pesantren.

Sunday, August 19, 2007

Kejatuhan harga getah....Kaedah atasinya?


Kejatuhan harga getah telah menyebabkan British terpaksa membuat beberapa langkah drastik. Antaranya ialah British telah meninggikan kadar bayaran cukai atau premium untuk permohonan memperoleh tanah baru.

British juga memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson untuk mengawal pengeluaran getah. Sistem kupon turut diperkenalkan untuk mengawal jumlah penoreh getah.

Malah British turut melarang pembukaan tanah baru untuk getah. Selain itu, penubuhan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada 1934 telah dianggap cara terakhir dengan langkah sistem kuota diperkenalkan juga.

Thursday, August 16, 2007

Perubahan politik AT oleh penjajah?


Perubahan politik yang dibawa oleh penjajah di Asia Tenggara memang banyak.Paling terkenal ialah Indonesia kerana di sana Belanda telah menyatukan kerajaan di bawah satu sistem pusat dan pentadbiran tempatan. British pula telah mewujudkan jawatan pesuruhjaya tinggi di Burma untuk mengantikan sistem beraja di negara itu. Manakala di Filipina, Sepanyol memperkenalkan sistem pemerintahan pusat dan encomienda yang merujuk sistem tadbiran peringkat daerah pula. Negeri-negeri Tanah Melayu pula menyaksikan British telah mewujudkan negeri-negeri selat, negeri-negeri melayu bersekutu dan tidak bersekutu. Di IndoChina, Perancis telah membentukm jawatan Gabenor Jeneral untuk memerintah di pusat.

Monday, August 13, 2007

Perang dalam sejarah Islam...


Perang antara orang Islam dengan Quraisy Mekah.

Perang Badar berlaku 2 Hijrah dan orang Islam telah menang.

Perang Uhud berlaku 3 Hijrah dan orang Islam tewas kerana mereka melanggar arahan Nabi s.a.w.

Perang Khandak berlaku 5 Hijrah dan orang Islam menang kerana gabungan Quraisy dengan Yahudi Madinah gagal menembusi pertahanan Islam.

Perang Tabuk berlaku 8 Hijrah antara Islam dengan Rom yang menyaksikan tentera Rom tidak meneruskan peperangan kerana gentar dengan kekuatan Islam.

Friday, August 10, 2007

Imperialisme...SPM 2007


Imperialisme merujuk polisi sesebuag negara yang meluaskan kuasanya terhadap negara lain dengan menjajah untuk memenuhi kepetluan-keperluannya yang tersendiri. Soalan ini memang mudah kalau ditanya dalam peperiksaan SPM.

Imperialisme barat di AT berlaku berkaitan dengan beberapa faktor seperti:
Kedudukan AT yang strategik
Kekayaan bahan mentah
Revolusi industri di Eropah
Penciptaan komunikasi – telegraf
Persaingan kuasa-kuasa besar di Eropah
Pembukaan terusan suez
Kemajuan sistem pengangkutan
Menjamin pasaran untuk hasil pengeluaran Eropah
Slogan beban orang putih


Kedatangan penjajah barat ini telah dihalang oleh kemunculan semangat nasionalisme di AT yang berkaitan dengan faktor-faktor:
Pengaruh media massa
Dasar penjajahan barat itu sendiri
Kemunculan intelektual
Pengaruh agama
Pengaruh negara luar
Perkembangan sistem pangngkutan dan perhubungan
Karya sastera yang meluas

Thursday, August 9, 2007

Tahap Perkembangan Nasionalisme di AT


Perbezaan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara memang ketara. Pastikan anda menulis perbezaan itu sebagai dua tahap.

Tahap pertama atau awal
Penentangan terbukan tetapi bersifat setempat sahaja.
Tidak mmpunyai organisasi
Dipimpin oleh pemimpin golongan pertengahan
Menekankan aspek kesedaran politik, hak, taraf hidup dan tidak meminta kemerdekaan dengan segera atau drastik.

Tahap kedua
Penentangan lebih radikal dan terbuka
Penubuhan organisasi politik mula kelihatan
Dipimpin oleh pemimpin berpendidikan barat atau asia barat dan berpengalaman luas
Menuntut kemerdekaan dan berkerajaan sendiri.

Monday, August 6, 2007

Kaum Muda dan Melayu Raya atau Indonesia Raya


Kaum Muda melalui Gerakan Islah telah memperjuangkan beberapa isu. Antaranya ialah melihat agama Islam dari sudut kemajuan dunia. Mereka juga mahu pembangunan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu diperkembangkan. Isu yang mereka perjuangkan turut menyentuh pemupukan sikap menentang penjajah dan mengkritik raja dan pembesar yang tidak mahu memajukan orang melayu.

Melayu Raya atau Indonesia Raya? Idea untuk mengabungkan Tanah Melayu dan Indonesia sebagai satu negara. Idea ini bertujuan untuk menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu lama seperti Majapahit, Melaka dan Srivijaya. Idea ini dianggap agak menonjol.

Sebab-sebab Penduduk Tempatan Menentang British?


Sebab-sebab penduduk tempatan menentang penjajahan British memang mudah dihafal. Pertama, dasar penaklukan British terhadap negeri melayu dalam usaha untuk mengukuhkan pegangan kuasanya. Tindakan British untuk menguasai ekonomi menerusi dasar-dasarnya yang tertentu turut menimbulkan penentangan ini. Malahan, peraturan yang telah diperkenalkan oleh British menyulitkan kehidupan orang tempatan. Keadaan ini ditambah oleh campur tangan pegawai British dalam hal adat resam tempatan. Pengenalan sistem tadbiran barat turut menambahkan penentangan ini.

Sunday, August 5, 2007

Wali Songo vs Batu Bersurat Terengganu...menarik soalan SPM


Siapa Wali Songo? Wali Songo merujuk sembilan tokoh ulama yang hidup pada abad ke-15 hingga 16 masihi. Mereka terkenal kerana konsep pengajaran mereka yang mengutamakan kesedaran dan menanam konsep amal dan kerja yang sejati.

Ulama ini juga cuba menghapuskan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat dengan menegur mereka yang malas. Ajaran mereka juga menekankan aspek jangan membazir atau mengutamakan kehidupan mewah duniawi.

Batu Bersurat Terengganu telah ditemui pada 1899 dan bertulisan jawi. Batu ini menerangkan kepentingan mengerjakan perkara yang diminta oleh hukum syarak, undang-undang keluarga, hukuman kepada orang yang melakukan zina dan mereka yang tidak membayar hutang.

Thursday, August 2, 2007

Confucis....ajaran yang mulia


Tamadun China telah menyumbangkan ajaran Confucianisme dan Taoisme. Kali ini saya ingin menjelaskan konsep yang ada di dalam confucianisme. Pengasas ajaran ini ialah Confucis. Namun, ajaran ini telah menjadi satu kepercayaan yang menyebabkan Confucis telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam orang Cina. Ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi iaitu ren, li, dqan xiao. Ciri kemanusiaan, kesusilaan dan ketaatan kepada ibubapa. Dalam ajaran ini seseorang itu perlulah mencapai tahap pendidikan untuk mencapai ketinggian dalam aspek moral. Prinsip moral ini juga harus diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.