Sunday, September 30, 2007

Gerakan nasionalisme tahap pertama Thailand?


Faktor munculnya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand ialah

rakyat gelisah kerana kerabat raja menguasai politik.
Penentangan raja berkuasa mutlak
Sistem pendidikan barat yang berkembang pesat
Sikap boros Raja Vajiravudh
Rakyat terdedah dengan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan
Kelemahan sistem tadbiran

Monday, September 24, 2007

Perjanjian Aqabah Pertama? Kandungannya.


Isi kandungan perjanjian Aqabah pertama? Perjanjian ini menyaksikan suku Aus dan Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul. Suku-suku ini juga berjanji akan membantu perjuangan Nabu Muhammad s.a.w. Mereka juga tidak akan melakukan amalan jahiliah lagi. Mereka juga tidak akan melakukan amalan mencuri, minum arak dan tidak membunuh bayi perempuan lagi.

Sunday, September 23, 2007

Kemunculan Renaissance...apakah punca-puncanya



Apakah faktor-faktor tercetusnya Renaissance di Eropah? Faktor pertama ialah kemunculan aliran pemikiran humanisme. Aliran ini memastikan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalahnya. Muncul juga beberapa tokoh yang mempelopori aliran humanisme ini seperti Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio. Begitu juga dengan pertembungan budaya di Bandar-bandar di Itali yang menyaksikan pertembungan bahasa dan agama berlaku bersama-sama.

Manakala pedagang yang kaya menjadi patron atau penaug kegiatan cendekiawan ini dengan memberikan wang. Kunjungan tokoh-tokoh ini dari satu Bandar ke Bandar yang lain turut membantu penyebaran idea renaissance ini. Malah Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman atau cendekiawan ini. Perkembangan semangai individualisme. Keadaan ini mewujudkan semangat membina kemahiran dalam semua aspek intelektual.

Martin Luther pejuang pembaharuan gereja


Reformasi yang diperjuangkan oleh Martin Luther telah menghasilkan beberapa idea seperti menentang amalan pemberian Indulgences. Refomasi juga menekankan aspek manusia harus bergantung kepada kekuatan rohaninya. Martin Luther juga menentang kedudukan Gereja Roman Katolik secara terus. Semua idea reformasi Martin Luther ini dikenali sebagai mazhab Protestan. Perkataan “protesting” itu merujuk membantah. Antara bantahan beliau yang ketara ialah mencabar kewibawaan paderi terutama paderi yang mengamalkan amalan yang tidak baik.

Thursday, September 20, 2007

Candi Borobudur...Ciri-cirinya melambangkan agama Buddha?


Candi Borobudur merupakan salah satu binaan yang mengagumkan saya. Cuma dalam soalan peperiksaan candi ini sering dikaitkan dengan ajaran Buddha. Jadi apakah ciri-ciri candi ini yang melambangkan agama itu?

Sudah pasti ciri terpenting ialah candi ini mewakili agama Buddha Mahayana. Setiap tingkat candi ini melambangkan satu tahap kehidupan manusia. Tingkat ini pula diwakili oleh patung Stupa dan patung Buddha. Di tingkat pertama juga terdapat ukiran cerita tentang kehidupan Gautama Buddha. Tiga tingkat candi ini melambangkan tiga tahap kehidupan yang dilalui oleh manusia. Konsep SILA, SAMADHI dan PANNA amat penting dalam agama ini. Candi ini mengambil masa selama 75 tahun untuk disiapkan.

Menarik tak?

Sunday, September 16, 2007

Zaman Jahiliah lagi....ciri-ciri


Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah faktor masyarakatnya tidak mahu menerima kebenaran yang sebenarnya. Masyarakat juga tidak mengikut ajaran nabi-nabi sebelumnya. Mereka tidak menyembah Allah sebaliknya menyembah berhala pula. Keadaan ini berlaku kerana kepercayaan mereka terhadap animisme. Begitu juga kehidupan masyarakatnya yang kucar-kacir. Kehidupan yang tidak teratur ini akibat ketiadaan nabi dan kitab suci untuk dijadikan petunjuk. Ringkasnya akhlak masyarakat ketika ini jauh rendah.

Thursday, September 13, 2007

Zaman Jahiliah....zaman gelap arab?


Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah faktor masyarakatnya tidak mahu menerima kebenaran yang sebenarnya. Masyarakat juga tidak mengikut ajaran nabi-nabi sebelumnya. Mereka tidak menyembah Allah sebaliknya menyembah berhalapula. Keadaan ini berlaku kerana kepercayaan mereka terhadap animisme. Begitu juga kehidupan masyarakatnya yang kucar-kacir. Kehidupan yang tidak teratur ini akibat ketiadaan nabi dan kitab suci untuk dijadikan petunjuk. Ringkasnya akhlak masyarakat ketika ini jauh rendah.

Monday, September 10, 2007

Zaman Gelap...ciri-cirinya


Zaman Gelap merupakan satu bab yang saya anggap menarik dalam subjek sejarah. Keadaan yang berlaku di Eropah ketika itu memang mengagumkan kerana sekarang Eropah dianggap moden tetapi ketika inilah kawasan itu dianggap terlalu kolot, mundur dan bermasalah.

Zaman ini menyaksikan tiadanya pentadbiran berpusat yang berkesan untuk memastikan tadbiran berjalan lancar. Namun, sistem feudal telah tertanam dalam minda masyarakat. Keadaan ini dibuktikan dengan kewujudan golongan baron atau pemilik tanah yang berkuasa.

Para petani pula terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah yang memberi perlindungan kepada petani tadi setelah mereka mengerjakan tanahnya. Petani yang tidak mampu membayar cukai terpaksa menjadi hamba. Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja apabila tuan tanah memberi khidmat dan membayar cukai kepada raja.

Thursday, September 6, 2007

Orang Melayu peneroka, pedagang dan pelaut terkemuka di AT


Baiklah, kali ini saya cuba jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan orang Melayu berjaya menjadi pelaut, pedagang dan peneroka terulung di Asia Tenggara pada zaman awal.

Sudah pasti faktor utama berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penggunaan bahasa ini memudahkan perhubungan dengan masyarakat tempatan.

Selain itu, kedudukan Semenanjung Melayu yang strategik telah menyebabkan orang Melayu memiliki banyak pelabuhan yang strategik dan lengkap dengan kemudahan seperti Melaka.. Kewujudan pelabuhan seperti ini sudah pasti memarakkan kedudukan orang Melayu.

Begitu juga dengan semangat orang Melayu yang kuat untuk meneroka terutam kawasan baru. Sikap ini menyebabkan mereka tidak bimbang untuk menghadapi cabaran terutama halangan yang getir.

Orang Melayu juga memiliki kuasa politik yang unggul dengan wujudnya pelbagai kerajaan awal. Keadaan ini menyebabkan mereka mempunyai kuasa politik yang berpengaruh.

Orang melayu juga terkenal sebagai pembuat kapal yang unggul. Pengalaman mereka telah menyebabkan mereka mampu menghasilkan kapal yang tahan megharungi cabaran lautan yang ganas.

Kemahiran membuat kapal ini diluaskan dengan kemahiran ilmu pelayaran. Mereka mahir untuk mencari arah dan kedudukan kerana sudah biasa meredah lautan yang luas itu.

Monday, September 3, 2007

Angkor Wat binaan agung?


Pelajar saya bertanya kepada saya apakah binaan lama yang saya agungkan. Saya berfikir sebentar kemudian ungkapan Angkor Wat terkeluar daripada mulut saya. Sebab saya kagum terhadap binaan ini mudah sahaja.

Pertama, ketinggiannya mencecah 213 meter. Satu ketinggian lampau yang memang menarik. Kedua keluasan kawasannya meliputi 208 hektar. Terlalu luas umpama satu bandar zaman sekarang. Angkor Wat mempunyai menara di setiap sudut dan bahagian pemujaan di tengahnya. Tempat pemujaan ini pula memiliki binaan setinggi 39 meter. Binaan ini juga memiliki menara di setiap sudutnya.

Manakala satu tembok yang menarik mengelilinginya. Tembok batu yang kelilinginya dikatakan mempunyai kelebaran 850 meter dan 1 000 meter panjang. Angkor Wat juga menarik kerana dinding tembok ini mempunyai ukiran epik Ramayana dan Mahabharata.

Sunday, September 2, 2007

Pakatan Murni...penyebab TM harmoni?


Apakah yang dimaksudkan dengan pakatan murni? Wah soalan ini berkaitan dengan kemerdekaan, parti politik dan keharmonian negara. Pelajar saya seringkeliru dengan konsep ini yang dianggap mudah dan tidak berharga. Sebenarnya, Pakatan Murni merujuk usaha semua kaum di TM untuk menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik menerusi perundingan. Pakatan ini dilihat sebagai satu jalan penyelesaian tuntutan dan masalah kaum yang timbul sebelum ini. Pakatan ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menyatupadukan pelbagai kaum yang terdapat di negara kita. Pakatan Murni boleh dikatakan sebagai intipati yang membawa kepada keharmonian dan kemakmuran di negara ini.