Thursday, September 6, 2007

Orang Melayu peneroka, pedagang dan pelaut terkemuka di AT


Baiklah, kali ini saya cuba jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan orang Melayu berjaya menjadi pelaut, pedagang dan peneroka terulung di Asia Tenggara pada zaman awal.

Sudah pasti faktor utama berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penggunaan bahasa ini memudahkan perhubungan dengan masyarakat tempatan.

Selain itu, kedudukan Semenanjung Melayu yang strategik telah menyebabkan orang Melayu memiliki banyak pelabuhan yang strategik dan lengkap dengan kemudahan seperti Melaka.. Kewujudan pelabuhan seperti ini sudah pasti memarakkan kedudukan orang Melayu.

Begitu juga dengan semangat orang Melayu yang kuat untuk meneroka terutam kawasan baru. Sikap ini menyebabkan mereka tidak bimbang untuk menghadapi cabaran terutama halangan yang getir.

Orang Melayu juga memiliki kuasa politik yang unggul dengan wujudnya pelbagai kerajaan awal. Keadaan ini menyebabkan mereka mempunyai kuasa politik yang berpengaruh.

Orang melayu juga terkenal sebagai pembuat kapal yang unggul. Pengalaman mereka telah menyebabkan mereka mampu menghasilkan kapal yang tahan megharungi cabaran lautan yang ganas.

Kemahiran membuat kapal ini diluaskan dengan kemahiran ilmu pelayaran. Mereka mahir untuk mencari arah dan kedudukan kerana sudah biasa meredah lautan yang luas itu.

No comments: