Monday, September 10, 2007

Zaman Gelap...ciri-cirinya


Zaman Gelap merupakan satu bab yang saya anggap menarik dalam subjek sejarah. Keadaan yang berlaku di Eropah ketika itu memang mengagumkan kerana sekarang Eropah dianggap moden tetapi ketika inilah kawasan itu dianggap terlalu kolot, mundur dan bermasalah.

Zaman ini menyaksikan tiadanya pentadbiran berpusat yang berkesan untuk memastikan tadbiran berjalan lancar. Namun, sistem feudal telah tertanam dalam minda masyarakat. Keadaan ini dibuktikan dengan kewujudan golongan baron atau pemilik tanah yang berkuasa.

Para petani pula terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah yang memberi perlindungan kepada petani tadi setelah mereka mengerjakan tanahnya. Petani yang tidak mampu membayar cukai terpaksa menjadi hamba. Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja apabila tuan tanah memberi khidmat dan membayar cukai kepada raja.