Sunday, November 4, 2007

Perjanjian Hudaibiyah


Jelaskan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah

Semua pihak bersetuju mengadakan gencatan senjata 10 tahun.

Semua pihak bebas memilih pihak iaitu orang Islam Madinah atau Quraisy Mekah.

Orang Islam Madinah yang ke Mekah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dikembalikan.

Orang Quraisy Mekah yang ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.

Umrah hanya boleh dilakukan pada tahun 7 hijrah.

4 comments:

Jack Ying said...

cikgu azman anda juga mengajar sejarah ke?

lhl_anecar said...

cikgu azman,u penanda kertas sejarah untuk spm?i ada pertanyaan...ttg k2 sej hari ni

shaLOVEzQ+,^ said...

cikgu,
apa faktor2 perjanjian hudaibiah??
dan implikasinya??

ahmad nabawie said...

nak share sikit pasal perjanjian hudaibiah ni,
perjanjian Hudaibiyah dimula ketika Rasulullah bersama sahabat sedang mengadakan perjalanan umrah, ketika mereka sudah ihram di bir ali, dan kemudian berjalan menuju mekkah, maka ketika sampai di hudaibiyah, rasulullah menycadangkan Umar bin Khattab untuk bernegosiasi dengan kaum kafir Quraisy tentang kedatangan mereka untuk umrah, namun Umar mencadangkan Usman bin Affan, sebab ia merasa dirinya kurang layak dan kurang patut untuk penjadi perunding disebabkan disamping ia mempunyai banyak musuh dan juga ia tergolong orang yang cepat emosi, Umar mencadangkan usman disebabkan usman lebih lembut dan sangat disegani di Mekkah pada saat itu.
maka pergilah usman, kepergian usman menjadi kebimbangan bagi kaum muslimin sebab usman terlalu lama tiada mengirimkan khabar, kaum muslimin menganggap usman telahpun ditawan dan dibunuh oleh kaum kafir Quraisy.
padahal, usman masih hidup dan masih mengadakan perundingan dengan kaum kafir Quraisy, namun kafir Quraisy mengatakan;"engkau pergilah tawaf, umrahlah engkau bila-bila engkau suka, tapi hanya engkau saja wahai usman, sedangkan kami melarang kaum muslimin untuk umrah", Usman bin Affan merasa tak puas hati, sebab dia tak mahu berumrah sendiri, melainkan bersama rasulullah dan para sahabatnya yang lain, maka ketika itu terjadilah perundingan yang sengit dan tercetuslah perjanjian Hudaibiyah yang tersebut diatas.
selepas mengetahui perjanjian itu, rasulullahpun bertahallul, dan membayar DAM, inilah asal mulanya kes dam ihzar, disebabkan tekanan yang tak boleh terelakkan maka boleh bertahallul mengakhiri umrah dan membayar dam ihzar. yangs empat membuat berang umar bin khattab. ketika itu para sahabat masih belum terima dengan apa yang diperintahkan rasulullah sebab masih terlampau kecewa, namun ketika rasulullah telah memotong rambut dan menyembelih hewan maka barulah mereka mengikutinya.
disisi lain, gencatan senjata selama 10 tahun( walaupun akhirnya batal dilanggar oleh kaum musyrikin) menjadikan keleluasaan bagi rasulullah untuk menyebarkan dan menguatkan islam dikalangan sahabat tanpa ada gangguan dari pihak manapun.! insya allah ini yg bleh sye sampaikan dan tambahkan!