Sunday, November 23, 2008

Undang-undang Tamadun India dan China?


Tamadun India

Undang-undang Tamadun India banya berdasarkan kitab Dharma Sastra iaitu undang-undang tua Hindu yang diwujudkan sekitar 6 atau 2 sm. Penekanan undang-undang ini ialah raja bertanggungjawab jaga kesucian undang-undang. Selain itu, brahmin yang mahir kerana ada kaitan dengan agama. Pada Zaman Maurya undang-undang melalui titah raja dianggap penting. Undang-undang ni diukiir pada batu seperti Tiang Asoka. Undang-undang ini menekankan konsep keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Tamadun China

Tamadun Cina mempunyai undang-undang yang berteraskan 2 prinsip utama iaitu: Hukuman Berat dan Bercorak Kolektif. Undang-undang tamadun ini banyak berdasarkan falsafah Legalisme yang digubal oleh Han Fei Tzu ketika era Dinasti Chin dan beliau merupakan seorang ahli falsafah. Ciri-ciri undang-undang tamadun ini seperti tidak harus wujud belas kasihan yang perlu dipelihara. Penyanjungan undang-undang ini memerlukan raja yang berkuasa penuh. Sudah pasti ini bertentangan dengan falsafah undang-undang Confecius yang menekankan bahawa raja perlu ada melakukan perkara baik dan menjaga keharmonian manusia dan masyarakat.

Thursday, September 4, 2008

Teori Kedatangan Islam dari Semenanjung Arab


Kedatangan Islam Di Asia Tenggara

Teori kedatangan Islam dari ada tiga iaitu Semenanjung Arab, India, dan China. TeoriSemenanjung Arab diikemukakan oleh John Crawford disokong Syed Muhamad Naquib Al-Attas. Buktinya berdasarkan aktiviti perdagangan menerusi catatan China yang menyataka orang Arab dan Parsi tmempunyai petempatan di Canton pd 300M. Selain itu bukti pedagang Arab dapat kuasai laut dari pelabuhan Iskandariah hingga China. Telah berdagang di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam pada abad 7M. Begitu juga bukti pedagang Arab singgah di pelabuhan utama AT sebelum ke China.

Jadi tempat menunggu dari angin monsun yang sesuai. Pedagang ini menetap beberapa bulan dan mewujudkan perkampungan dan melakukan urusan jual beli barangan mewah dari China dan India. Perkampungan Islam – Ta Shih di Sumatera Utara pd 650M – bukti catatan China. Wujudnya perkahwinan dengan wanita tempatan. Begitu juga bukti wujudnya persamaan tulisan kesusasteraan di AT dan Arab. Perkataan arab terdapat dalam tulisan Jawi dan zapin.

Akhir sekali proses pengislaman raja-raja melayu oleh syeikh dari Arab seperti yang terdapat dalam Hikayat Raja-Raja Pasai seperti berjaya mengislamkan Merah Silu ( Malik al-Salih. ) Raja Pattani – Phaya Tu Nakpa – diislamkan oleh Syeikh Said

Sunday, August 24, 2008

Konsep Khalifah dalam Agama dan Arab


Apakah konsep khalifah? Pada konsep Arab khalifah ialah pengganti nabi s.a.w. yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Manakala konsep agama pula khalifah ialah tanggungjawab memelihara kemurnian agama islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.

Syarat-syarat untuk menjadi khalifah ialah seorang lelaki yang merdeka, beragama islam, memiliki pengetahuan islam yang luas, mematuhi perintah allah, sanggup melaksanakan hukum islam, bersifat adil dan akhlak yang mulia, tubuh badan yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas dan warak serta pandai mentadbir

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.


Dalam khutbah terakhirnya Nabi Muhamad menjelaskan beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh masyarakat Islam seperti umat islam mesti bersatu padu, mencintai perdamaian dan berpegang teguh kepada agama Islam walaupun menghadai pelbagai cabaran.

Khutbah ini amat penting kerana selepas kewafatan baginda umat Islam menghadapi dugaan besar antaranya mendapatkan calon pengganti nabi muhamad dan munculnya individu yang mendiri mereka gaku nabi bersama-sama golongan yang tidak membayar zakat kerana sudah hilang rasa takut serta murtad atau lebih dikenali sebagai golongan al riddah

Friday, August 8, 2008

Peranan Pembesar Melayu


Peranan pembesar di negeri melayu

Pembesar berperanan untuk menegakkan dan mempertahankkan kedaulatan sultan yang memerintah. Mereka melaksanakan tugas dengan jujur terutama ketika menguruskan kawasan pegangan dan kawasan pemakanan yang diber kepada mereka. Dalam masa yang sama mengekalkan sistem pentadbiran yang teratur

Wednesday, August 6, 2008

Nama Melaka


Nama Melaka daripada mitos hindu

mitos hindu
pokok melaka dalam bahasa sanskrit dikenali sebagai amalaka yang merujuk pokok pertama yang hidup di alam dan buahnya ada kuasa ajaib yang dikaitkan dengan tempat kediaman tuhan agama hindu seperti brahman, vishnu dan shiva. Kaitan ini penting untuk meninggikan imej nama melaka itu.

Tuesday, August 5, 2008

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

Ketua di Asia Tenggara mendapat gelaran raja yang berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan seperti perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan oleh rakyat tanpa sebarang bantahan. Manakala penderhaka tidak akan diampunkan.

Raja juga digambarkan sebagai bayangan tuhan sehingga melahirkan konsep dewa-dewa, unsur mitos dan legenda. Malah, adat istiadat seperti pertabalan raja diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan raja berdasarkan konsep itu.

Untuk menjadi raja yang terulung mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau orde kosmos yang membuktikan keagungan mereka seperti Raja Suryavarman II telah membina Angkor Wat.

Sunday, August 3, 2008

Konsep Renaissance?


Maksud Renaissance? Istilah ini merujuk satu zaman yang penuh dengan perubahan atau perbezaan yang ketara. Mungkin istilah kelahiran semula lebih tepat kerana merujuk kepada istilah yang berasal daripada perkataan Itali,renisciment yang bermaksud “kelahiran semula” merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.

Antara tokoh Humanisme ialah Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio

Saturday, August 2, 2008

Apakah Konsep Tamadun?

Konsep Tamadun

Apakah konsep tamadun menurut Barat dan Islam? Soalan ini nampak mudah tetapi sering ditanya dalam peperiksaan.

Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar.

Maksud tamadun dari sudut Barat: tamadun pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan – penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja

Manakala maksud tamadun dari sudut Islam: meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.

Thursday, March 13, 2008

Pembaharuan Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah


Pembaharuan yang dibawa atau diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah ialah membina masjid Nabawi yang menjadi institusi agama yang terpenting. Keadaan ini seterusnya membawa penubuhan negara islam yang pertama.

Selain itu, piagam madinah turut dibentuk sebagai asas pemerintahan kerajaan islam. Baginda turut memperkenalkan undang-undang syariah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Manakala semua kaum di madinah diberi perlindungan dan hak yang sama.

Thursday, March 6, 2008

Kuasa Yang DiPertuan Agong


Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara yang mengetuai tiga bahagian kerajaan iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman. Agong juga menjadi salah satu unsur utama parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan parlimen. Baginda juga merupakan ketua tertinggi tentera.

Baginda boleh mengampunkan atau menangguhkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera. Hak dan kedudukan melayu turut berada di bawah kuasa baginda. Baginda boleh mengarahkan mesyuarat majlis raja-raja jika masalah timbul. Baginda turut menjadi ketua agama islam bagi negeri-negeri yang tidak ada sultan dan negeri asal baginda.

Agong turut berperanan melantik perdana menteri, timbalan perdana menteri dan jemaah menteri serta memberi tauliah kepada duta-duta negara.

Tuesday, March 4, 2008

Perlembagaan Malaysia...Pindaan


Perlembagaan Malaysia boleh dipinda mengikut kesesuaian semasa atau keperluan semasa. Pindaan ini mempunyai keperluan untuk melindungi kepentingan rakyat, melicinkan urusan tadbiran negara, jaga keselamatan negara.

Pindaan ini turut bertujuan untuk menjadikan perlembagaan sebagai relevan sepanjang masa.

Pindaan perlembagaan juga untuk mengawal isu-isu sensitif daripada diperkatakan secara terbuka seperti sistem beraja, hak istimewa melayu dan kedudukan bahasa melayu serta agama islam.

Wednesday, February 13, 2008

Ciri-ciri Penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu?


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu memastikan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan. Selain itu wujudnya pemisahan kuasa antara persekutuan dan negeri melalui senarai persekutuan dan senarai negeri.

Raja Berperlembagaan akan mengetuai sistem pemerintahan negara melalui konsep Yang di Pertuan Agong. Kerakyatan pula berdasarkan prinsip Jus Soli, kuatkuasa undang-undang dan permohonan.

Manakala kedudukan orang melayu dikekalkan bersama-sama agama Islam menjadi agama rasmi dan tanah simpanan melayu dikekalkan. Pentadbiran negara mengikut demokrasi berparlimen iaitu dewan negara dan dewan rakyat yang berada di bawah kuasa parlimen.

Menteri besar menjadi pelaksana pentadbiran dengan bantuan dewan undangan negeri dan exco.

Tuesday, February 12, 2008

Faktor-faktor yang menjadikan Melaka pelabuhan terkenal?


Kedudukan Melaka yang strategik menjadikan pelabuhan ini terkenal. Melaka terletak di tengah-tengah jalan perdagangan dunia. Melaka menyediakan pentadbiran pelabuhan yang licin dan teratur supaya semua aktiviti perdagangan berjalan lancer. Jawatan Laksama diwujudkan bagi menjaga urusan laut bersama-sama dengan jawatan Syahbandar untuk mengetuai urusan pelabuhan. Melaka juga menggubal Undang-undang Laut Melaka yang menghuraikan tugas-tugas nakhoda, jurumudi dan sebagainya. Kegemilangan Melaka juga berkait dengan wujudnya 84 bahasa yang dituturkan di sini. Sistem sukat yang moden seperti tahil dan kati telah memajukan aktiviti ekonominya

Friday, February 1, 2008

Kepentingan monumen dibina?


Monumen merupakan binaan batu yang dibina untuk memperingati orang yang ternama. Angkor Wat telah dibina untuk menunjukkan kekuatan dan kedaulatan kerajaan Suryavarman II. Ekoran kejayaannya dalam peperangan dengan Champa dan menyatukan Kampuchea, Suryavarman II telah membina Angkor Wat. Monuman juga menonjolkan warisan khususnya seni bina yang kuat dipengaruhi oleh agama Hindu Buddha. Candi berperanan sebagau rumah ibadat kepada masyarakat setempat. Monuman juga membuktikan kekuatan kepercayaan agama masyarakat yang membinanya. Angkor Wat untuk agama Hindu dan Borobudur untuk agama Buddha

Faktor-faktor Kejayaan Dinasti Maurya


Faktor-faktor kejayaan Dinasti Maurya

Dinasti ini memiliki tokoh-tokoh yang berkaliber seperti Chandragupta Maurya dan Asoka. Dinasti ini memilik tentera yang besar dan lengkap peralatannya seperti ratusan ekor gajah dan tentera berkuda. Ekoran Perang Kalinga, Asoka telah menekankan kaedah berlembut dan terbuka yang berunsur kedamaian dan kemajuan sosial. Akibatnya, penaklukan dijalankan melalui penyebaran agama Buddha.

Tuesday, January 22, 2008

Tamadun Menurut Pandangan Barat?


Tamadun Menurut Barat

Berasal daripada perkataan Greek iaitu Civitas yang merujuk Bandar. Perkataan Bahasa Inggeris pula merujuk tamadun atau peradaban iaitu civilization. Konsep barat menekan pembangunan lahiriah, fizikal, dan jasmani. Lantaran itu pembangunan aspek kebudayaan, penulisan, undang-undang, kesenian, perbandaran menjadi aspek ukuran utama mereka.

Menurut Gordan Childe, tamadun ialah pencapaian lahiriah yang menjadi kayu ukur utama kemajuan sesesuatu masyarakat itu. Manakala Darcy dan Buchanan pula menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam tamadun.

Thursday, January 17, 2008

Athens dan Sparta...Perbezaannya?


Athens

Sistem demokrasi diamalkan di sini. Ada Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki mempunyai peluang untuk menjadi ahli Dewan Perhimpunan. Selain itu, ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancer. Rakyat turut bebas untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan kebudayaan dengan bebasnya.

Sparta

Sistem pemerintahan tentera diamalkan di Sparta. Selain itu, sistem pertahanan turut diberi perhatian berat. Semua anak lelaki dilatih daripada awal untuk menjadi tentera yang terlatih. Ringkasnya, Sparta mementingkan kekuatan fizikal daripada mental seseorang.

Thursday, January 10, 2008

Sukan Olimpik Zaman Yunani


Sukan Olimpik pada Zaman Yunani

Sukan Olimpik ini diadakan di Olympia dan bertujuan untuk menghormati Tuhan Zeus. Hadiah yang diberikan berbentuk sekalung daun zaiton dari tempat keramat di Olympia. Cuma peserta lelaki sahaja yang dapat melibatkan diri. Negara-negara yang terbabit dalam sukan ini merupakan negara-negara kota Yunani. Manakala acara yang diadakan meliputi gusti, melempar cakera dan merejam lembing. Sukan ini bertujuan untuk mengawal peperangan atau mengekalkan keamanan kerana apabila sukan ini berlangsung semua peperangan dihentikan.

Ciri-ciri Demokrasi Athens?


Apakah ciri-ciri demokrasi yang diamalkan di Athens?

Demokrasi di Athens memiliki Dewan Perhimpunan dan Majlis. Demokrasinya berbentuk penyertaan langsung. Semua warga negara lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan untuk jangka masa 6 bulan hingga setahun dan memberikan cadangan tentang dasar kerajaan. Cuma keputusan dewan ini akan dikendalikan oleh Majlis. Semua ahli Majlis.Majistret dan juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan.

Thursday, January 3, 2008

Sistem Pemerintahan Yunani


Sebelum demokrasi diamalkan, sistem pemerintahan di Yunani terdiri daripada

Monarki
Oligarki
Aristokrasi
Diktator (Tirani)