Thursday, January 10, 2008

Sukan Olimpik Zaman Yunani


Sukan Olimpik pada Zaman Yunani

Sukan Olimpik ini diadakan di Olympia dan bertujuan untuk menghormati Tuhan Zeus. Hadiah yang diberikan berbentuk sekalung daun zaiton dari tempat keramat di Olympia. Cuma peserta lelaki sahaja yang dapat melibatkan diri. Negara-negara yang terbabit dalam sukan ini merupakan negara-negara kota Yunani. Manakala acara yang diadakan meliputi gusti, melempar cakera dan merejam lembing. Sukan ini bertujuan untuk mengawal peperangan atau mengekalkan keamanan kerana apabila sukan ini berlangsung semua peperangan dihentikan.

2 comments:

mail kacip said...

salam.

sama-samalah kita ambil ilmu yg haq sahaja. mana-mana yg bathil kita sama-sama pulangkan

Afiq Hafizuddin said...

terima kasih atas info yg diberikan...walaupun sedikit ianya banyak membantu...klaw blh masukkan info ttg sukan olimpik zaman moden..