Wednesday, February 13, 2008

Ciri-ciri Penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu?


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu memastikan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan. Selain itu wujudnya pemisahan kuasa antara persekutuan dan negeri melalui senarai persekutuan dan senarai negeri.

Raja Berperlembagaan akan mengetuai sistem pemerintahan negara melalui konsep Yang di Pertuan Agong. Kerakyatan pula berdasarkan prinsip Jus Soli, kuatkuasa undang-undang dan permohonan.

Manakala kedudukan orang melayu dikekalkan bersama-sama agama Islam menjadi agama rasmi dan tanah simpanan melayu dikekalkan. Pentadbiran negara mengikut demokrasi berparlimen iaitu dewan negara dan dewan rakyat yang berada di bawah kuasa parlimen.

Menteri besar menjadi pelaksana pentadbiran dengan bantuan dewan undangan negeri dan exco.

Tuesday, February 12, 2008

Faktor-faktor yang menjadikan Melaka pelabuhan terkenal?


Kedudukan Melaka yang strategik menjadikan pelabuhan ini terkenal. Melaka terletak di tengah-tengah jalan perdagangan dunia. Melaka menyediakan pentadbiran pelabuhan yang licin dan teratur supaya semua aktiviti perdagangan berjalan lancer. Jawatan Laksama diwujudkan bagi menjaga urusan laut bersama-sama dengan jawatan Syahbandar untuk mengetuai urusan pelabuhan. Melaka juga menggubal Undang-undang Laut Melaka yang menghuraikan tugas-tugas nakhoda, jurumudi dan sebagainya. Kegemilangan Melaka juga berkait dengan wujudnya 84 bahasa yang dituturkan di sini. Sistem sukat yang moden seperti tahil dan kati telah memajukan aktiviti ekonominya

Friday, February 1, 2008

Kepentingan monumen dibina?


Monumen merupakan binaan batu yang dibina untuk memperingati orang yang ternama. Angkor Wat telah dibina untuk menunjukkan kekuatan dan kedaulatan kerajaan Suryavarman II. Ekoran kejayaannya dalam peperangan dengan Champa dan menyatukan Kampuchea, Suryavarman II telah membina Angkor Wat. Monuman juga menonjolkan warisan khususnya seni bina yang kuat dipengaruhi oleh agama Hindu Buddha. Candi berperanan sebagau rumah ibadat kepada masyarakat setempat. Monuman juga membuktikan kekuatan kepercayaan agama masyarakat yang membinanya. Angkor Wat untuk agama Hindu dan Borobudur untuk agama Buddha

Faktor-faktor Kejayaan Dinasti Maurya


Faktor-faktor kejayaan Dinasti Maurya

Dinasti ini memiliki tokoh-tokoh yang berkaliber seperti Chandragupta Maurya dan Asoka. Dinasti ini memilik tentera yang besar dan lengkap peralatannya seperti ratusan ekor gajah dan tentera berkuda. Ekoran Perang Kalinga, Asoka telah menekankan kaedah berlembut dan terbuka yang berunsur kedamaian dan kemajuan sosial. Akibatnya, penaklukan dijalankan melalui penyebaran agama Buddha.