Thursday, March 13, 2008

Pembaharuan Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah


Pembaharuan yang dibawa atau diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah ialah membina masjid Nabawi yang menjadi institusi agama yang terpenting. Keadaan ini seterusnya membawa penubuhan negara islam yang pertama.

Selain itu, piagam madinah turut dibentuk sebagai asas pemerintahan kerajaan islam. Baginda turut memperkenalkan undang-undang syariah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Manakala semua kaum di madinah diberi perlindungan dan hak yang sama.

Thursday, March 6, 2008

Kuasa Yang DiPertuan Agong


Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara yang mengetuai tiga bahagian kerajaan iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman. Agong juga menjadi salah satu unsur utama parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan parlimen. Baginda juga merupakan ketua tertinggi tentera.

Baginda boleh mengampunkan atau menangguhkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera. Hak dan kedudukan melayu turut berada di bawah kuasa baginda. Baginda boleh mengarahkan mesyuarat majlis raja-raja jika masalah timbul. Baginda turut menjadi ketua agama islam bagi negeri-negeri yang tidak ada sultan dan negeri asal baginda.

Agong turut berperanan melantik perdana menteri, timbalan perdana menteri dan jemaah menteri serta memberi tauliah kepada duta-duta negara.

Tuesday, March 4, 2008

Perlembagaan Malaysia...Pindaan


Perlembagaan Malaysia boleh dipinda mengikut kesesuaian semasa atau keperluan semasa. Pindaan ini mempunyai keperluan untuk melindungi kepentingan rakyat, melicinkan urusan tadbiran negara, jaga keselamatan negara.

Pindaan ini turut bertujuan untuk menjadikan perlembagaan sebagai relevan sepanjang masa.

Pindaan perlembagaan juga untuk mengawal isu-isu sensitif daripada diperkatakan secara terbuka seperti sistem beraja, hak istimewa melayu dan kedudukan bahasa melayu serta agama islam.