Sunday, August 24, 2008

Konsep Khalifah dalam Agama dan Arab


Apakah konsep khalifah? Pada konsep Arab khalifah ialah pengganti nabi s.a.w. yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Manakala konsep agama pula khalifah ialah tanggungjawab memelihara kemurnian agama islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.

Syarat-syarat untuk menjadi khalifah ialah seorang lelaki yang merdeka, beragama islam, memiliki pengetahuan islam yang luas, mematuhi perintah allah, sanggup melaksanakan hukum islam, bersifat adil dan akhlak yang mulia, tubuh badan yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas dan warak serta pandai mentadbir

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.


Dalam khutbah terakhirnya Nabi Muhamad menjelaskan beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh masyarakat Islam seperti umat islam mesti bersatu padu, mencintai perdamaian dan berpegang teguh kepada agama Islam walaupun menghadai pelbagai cabaran.

Khutbah ini amat penting kerana selepas kewafatan baginda umat Islam menghadapi dugaan besar antaranya mendapatkan calon pengganti nabi muhamad dan munculnya individu yang mendiri mereka gaku nabi bersama-sama golongan yang tidak membayar zakat kerana sudah hilang rasa takut serta murtad atau lebih dikenali sebagai golongan al riddah

Friday, August 8, 2008

Peranan Pembesar Melayu


Peranan pembesar di negeri melayu

Pembesar berperanan untuk menegakkan dan mempertahankkan kedaulatan sultan yang memerintah. Mereka melaksanakan tugas dengan jujur terutama ketika menguruskan kawasan pegangan dan kawasan pemakanan yang diber kepada mereka. Dalam masa yang sama mengekalkan sistem pentadbiran yang teratur

Wednesday, August 6, 2008

Nama Melaka


Nama Melaka daripada mitos hindu

mitos hindu
pokok melaka dalam bahasa sanskrit dikenali sebagai amalaka yang merujuk pokok pertama yang hidup di alam dan buahnya ada kuasa ajaib yang dikaitkan dengan tempat kediaman tuhan agama hindu seperti brahman, vishnu dan shiva. Kaitan ini penting untuk meninggikan imej nama melaka itu.

Tuesday, August 5, 2008

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

Ketua di Asia Tenggara mendapat gelaran raja yang berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan seperti perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan oleh rakyat tanpa sebarang bantahan. Manakala penderhaka tidak akan diampunkan.

Raja juga digambarkan sebagai bayangan tuhan sehingga melahirkan konsep dewa-dewa, unsur mitos dan legenda. Malah, adat istiadat seperti pertabalan raja diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan raja berdasarkan konsep itu.

Untuk menjadi raja yang terulung mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau orde kosmos yang membuktikan keagungan mereka seperti Raja Suryavarman II telah membina Angkor Wat.

Sunday, August 3, 2008

Konsep Renaissance?


Maksud Renaissance? Istilah ini merujuk satu zaman yang penuh dengan perubahan atau perbezaan yang ketara. Mungkin istilah kelahiran semula lebih tepat kerana merujuk kepada istilah yang berasal daripada perkataan Itali,renisciment yang bermaksud “kelahiran semula” merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.

Antara tokoh Humanisme ialah Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio

Saturday, August 2, 2008

Apakah Konsep Tamadun?

Konsep Tamadun

Apakah konsep tamadun menurut Barat dan Islam? Soalan ini nampak mudah tetapi sering ditanya dalam peperiksaan.

Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar.

Maksud tamadun dari sudut Barat: tamadun pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan – penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja

Manakala maksud tamadun dari sudut Islam: meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.