Monday, November 16, 2009

Soalan Ramalan Sejarah SPM 2009...Moga Anda Berjaya


Semua skop ini berdasarkan diskusi saya dengan rakan-rakan pendidik dan analisa soalan-soalan lepas yang lalu.

Jika ada pertanyaan lanjut sila emel kepada saya.

-Tamadun Indus.
-Tamadun China.
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara.
-Reaksi masyarakat di Makkah tentang Islam dan nabi Muhammad s.a.w.
-Perjanjian Aqabah.
-Sumbangan Abbasiyah,Umayyah dan Turki Uthmaniah.
-Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun barat.
-Teori kedatangan Islam Asia tenggara.
-Cara penyebaran Islam ke Asia tenggara.
-Kesan penyebaran Islam Asia Tenggara.
-Zaman Renaiisance.
-Zaman gelap
-Reformation.
-Dasar British terhadap Undang-undang tanah.
-Pembinaan negara bangsa di Melaka dan negeri Melayu.
-Undang2 Tubuh Negeri Melayu.
-Persekutuan Tanah Melayu 1948.
-Pakatan Murni
-Suruhanjaya Reid.
-Raja berpelembagaan,Tugas Yang Dipertuan Agong.
-Sistem Pemerintahan Malaysia (Tiga badan)
-Rancangan Lima tahun malaysia.
-Wawasan 2020
-tindakan atau dasar mendaulatkan bahasa
-Dasar pendidikan.
-Dasar Luar Malaysia.
-Koridorraya Multimedia.
-Konsep K ekonomi dan K masyarakat.
-3 Tahap pembentukan dasar luar Malaysia.
-Perang Dunia Pertama.

Monday, August 31, 2009

Apakah Adat Perpatih?


Adat Perpatih

 diperkenalkan oleh orang minangkabau.
 diamalkan di naning dan negeri sembilan.
 bercorak demokrasi.
 perkahwinan sesama suku dilarang.
 mengutamakan anak peremppuan dalam pewarisan harta pusaka.
 hukuman bertujuan sebagai pemulihan.

Tuesday, August 25, 2009

Apakah Maksud Undang-undang Laut Melaka?



UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

 menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan.
 tugas pegawai kapal.
 langkah keselamatan dalam kapal.
 tugas anak-anak kappal.
 penyewaan dan penumpangan kapal dagang.
 kuasa naokhoda menjathkan hukuman.

Monday, August 24, 2009

Apakah Undang-undang 99 Perak?


Undang-Undang 99 Perak

 berasal dari Parsi dan digunakan di Perak pada abad ke-18.
 mengandungi 99 kesalahan dan hukuman antaranya:
 syarat memegang jawatan kerajaan.
 praturan adat istiadat menghadap dan melantik raja
 hukuman jenayah, undang-undang dan pertanian.
 undang-undang kekeluargaan.

Makna Adat Temenggung?


Adat Temenggung

 dibawa masuk oleh keturunan raja palembang.
 diamalkan di semua negeri kecuali negeri sembilan dan naning.
 bercorak autokratik.
 perkahwinan mengikut hukum syarak.
 mengutamakan anak llelaki dalam pembahagian harta pusaka.
 hukuman bertujuan memberi pengajaran.

Thursday, August 20, 2009

Siapakah Dato Muhammad Salleh Perang?


Dato Muhammad Salleh Perang

 pesuruhjaya polis, ketua jabatan ukur dan ketua jabatan tanah adalah antara jawatan yang pernah beliau sandang di negeri johor
 beliau juga turut melukis peta pembangunan negeri johor
 bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan negeri
 dianugerahkan dengan gelaran dato bentara luar

Sunday, August 16, 2009

Siapakah Dato Muhammad Ibrahim Munsyi


Dato Muhammad Ibrahim Munsyi

 menjadi ketua jabatan pendidikan johor yang pertama pada tahun 1883
 telah dianugerahi gelaran dato bentara dalam dan bapa pendidikan melayu johor
 mendirikan banyak sekolah
 mewajibkan pendidikan prasekolah kepada semua rakyat johor
 dilantik sebagai timbalan menteri yang pertama pada tahun 1893 johor di ambang penjajahan british

Monday, August 10, 2009

Apakah Undang-undang Laut Melaka?


UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

 menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan.
 Terangkan tugas pegawai kapal.
 Jelaskan langkah keselamatan dalam kapal.
 Menerangkan tugas anak-anak kapal.
 Aspek penyewaan dan penumpangan kapal dagang juga dijelaskan.
 kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman.

Sunday, August 9, 2009

Siapakah Dato Andul Rahman Andak Dalam Sejarah Negara?


Dato Abdul Rahman Andak

 menjadi setiausaha sulit sultan johor pada tahun 1885
 sebagai setiausaha kerajaan johor sekitar tahun 1893-1909
 mendapat gelaran dato seri amar diraja
 berperanan dalan hubungan luar negeri terutamanya dengan british.
 pelopor kepada penubuhan pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa johor pada tahun 1888.

Thursday, August 6, 2009

Apakah maksud Adat Temenggung?


Adat Temenggung

 dibawa masuk oleh keturunan raja palembang.
 diamalkan di semua negeri kecuali negeri sembilan dan naning.
 bercorak autokratik.
 perkahwinan mengikut hukum syarak.
 mengutamakan anak llelaki dalam pembahagian harta pusaka.
 hukuman bertujuan memberi pengajaran.

Wednesday, August 5, 2009

Beza Sistem Kerah dan Serah Dalam Masyarakat Melayu



Sistem Kerah Dan Serah

 sistem serah ialah pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pemerintah.
 kadar dan nilai serahan bergantung pada hasil tanaman dan ternakan yang diperoleh dalam tahun tertentu.
 sistem kerah ialah sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa diberi upah.
 sistem ini menunjukkan adanya sikap taat setia, sedia berkorban, dan berganding bahu rayat untuk membantu pemerintah,

DATO JAAFAR MUHAMMAD



Siapakah Dato Jaafar Muhammad

 merupakan setiausaha kerajaan negeri johor yang pertama
 pernah menjadi menteri besar johor pertama pada tahun 1882-1919 dengan gelaran datuk bentara
 mewajibkan pegawai british memakai pakaian rasmi kerajaan johor
 mewajibkan penggunaan bahasa melayu dalam urusan rasmi kerajaan dengan ketat
 mengarahkan bendera union jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera johor.

Tuesday, July 21, 2009

ULASAN E-BUKU SENARAI PERKATAAN BOOMBASTIK KARANGAN 2009


ULASAN E-BUKU SENARAI PERKATAAN BOOMBASTIK KARANGAN 2009

Kali pertama saya ternampak iklan ini di dalam blog ini, saya tertanya-tanya sejauh mana berkesannya e-buku ini. Namun setelah saya mencubanya maksud saya memilikinya barulah saya sedar e-buku karya cikgu azman banyak membantu saya terutama e-buku ini yakni E-Buku Seranai Perkataan Boombastik Karangan 2009.

Sebaik sahaja membaca e-buku ini, hasil karangan saya mula disedari oleh guru sekolah saya terutama kemahiran saya menggunakan bahasa yang canggih dalam menyampaikan setiap isi karangan saya itu. Bagaimana saya menguasai perkataan ini semua? Mudah sahaja. Saya membaca e-buku ini.

Setiap halaman e-buku ini memaparkan perkataan canggih yang boleh digunakan dalam karangan. Penulis yakni cikgu azman telah memberikan makna setiap perkataan canggih itu kemudian memberikan contoh ayat yang membolehkan pelajar lebih memahami cara penggunaan perkataan itu. Jadi, pelajar boleh mengaitkan penggunaan perkataan canggih itu dengan mudah. Saya difahamkan oleh guru di sekolah saya bahawa markah karangan boleh menjadi lebih baik jika pengguna tahu menggunakan kosa kata yang memaparkan kematangan mereka. Jadi, saya yakin kemahiran menguasai perkataan boombastik ini membolehkan penulisan saya nampak lebih matang sedikit.

Contoh perkataan canggih yang ada dalam e-buku ini ialah:

MEMANIFESTASIKAN FIKIRAN
Maksudnya : menggunakan atau melahirkan idea dengan sebaik mungkin.

Kejayaan penulis ditentukan menerusi keupayaannya memanifestasikan fikirannya ke dalam jalan cerita novel.

Menukilkan Kata-Kata
Maksudnya: Menulis atau bercakap sesuatu

Saya menukilkan kata-kata semangat di atas kertas itu untuk memberi semangat kepada adik yang bakal menghadapi peperiksaan.

MEMBERIKAN IMPAK
Maksudnya: Mengakibatkan atau menyebabkan sesuatu

Peristiwa kemalangan itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan pemuda tersebut.

RENTETAN SENARIO ITU
Maksudnya: Selepas fenomena itu

Rentetan senario itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan di kawasan sekolah.


Saya yakin rakan-rakan semua sudah faham maksud saya tentang keberkesanan e-buku ini.

Mohammad Syahid Shah

Thursday, July 9, 2009

Ulasan E-Buku Panduan Menulis Karangan Lengkap SPM..


Ulasan Buku

E-Buku Panduan Menulis Karangan Lengkap ini merupakan hasil karya Cikgu Azman. Penulisan bukunya yang begitu mudah dan menarik memastikan setiap pelajar memahami kandungan karangan yang dibaca itu.

Buku ini meliputi 43 tajuk karangan yang penting untuk dikuasai oleh pelajar. Semua tajuk ini telah dipilih khas oleh penulis untuk memastikan pelajar mampu menjawab semua soalan peperiksaan yang bakal dihadapi kelak. Semua tajuk ini berdasarkan skop yang penulis berpendapat perlu dikuasai oleh pelajar. Antara tajuk yang ada di dalam buku ini ialah:


Karangan 1
Negara kita telah mengutamakan perindustrian untuk mencapai era negara moden. Kerajaan telah menjalankan pelbagai dasar untuk meningkatkan tahap industri negara.

Terangkan kebaikan-kebaikan yang terjelma melalui langkah kerajaan ini.

Karangan 2

Penduduk desa telah dinasihatkan supaya membuat barangan kraf tangan untuk dijual kepada masyarakat. Namun, masih ada pihak yang mempertikaikan usaha mereka ini.

Jelaskan sebab-sebab mereka berpendapat usaha penduduk desa ini sia-sia.

Karangan 3

Hutan negara kita semakin pupus lantaran sikap sesetengah masyarakat yang menjalankan aktiviti pembalakan terutama secara haram. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih gagal.

Jelaskan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan dalam menangani kemelut ini.

Karangan 4

Kerajaan telah mewajibkan pemaju perumahan untuk mewujudkan kawasan rekreaksi di kawasan perumahan. Tindakan ini telah menerima sambutan baik masyarakat.

Huraikan kesan-kesan positif yang timbul daripada pengenalan peraturan ini.

Karangan 5

Negara kita telah memperkenalkan Dasar Penswastaan. Ada pelbagai impak dasar ini kepada negara walaupun mendapat bantahan pada peringkat awal pelaksanaannya.

Terangkan kebaikan-kebaikan dasar ini.

Karangan 6

Pencemaran alam telah menjadi satu isu global yang diputuskan oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu. Impak ini memberi kesan yang ketara kepada manusia terutama di Malaysia.

Nyatakan kesan-kesan negatif yang timbul daripada kemelut ini dan langkah mengatasinya.

Karangan 7

Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini. Cuma kesan-kesan ini turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pendatang asing ini.

Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk yang timbul daripada kehadiran pendatang asing ini.

Karangan 8

Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula.

Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik.

Karangan 9

Pendidikan telah menjadi kritikan masyarakat dan sektor ini memang merupakan satu isu sensitif.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor pendidikan.

Karangan 10

Kempen nilai-nilai murni yang dijalankan oleh kerajaan mula mendapat perhatian masyarakat. Pelbagai kempen yang dilaksanakan memang baik.

Huraikan kepentingan memupuk nilai murni ini.

Karangan 11

Iklan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden. Kerap kali kita mendengar komen mengenai pengaruh iklan dalam masyarakat kita.

Pada pandangan anda, apakah pengaruh-pengaruh positif dan negatif yang dibawa oleh iklan terhadap masyarakat.

Karangan 12

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan.

Karangan 13

Negara kita pernah merancang untuk mempunyai jumlah penduduk mencecah 70 juta. Dasar ini dijangka mampu membawa banyak kesan positif dan negatif.

Jadi, huraian kedua-dua kesan yang bakal timbul jika penduduk negara mencecah 70 juta orang.


Dan banyak lagi tajuk yang pastinya pelajar akan teruja untuk memiliki buku ini.

Kelebihan buku ini ialah bahan yang dipaparkan ditulis dalam bentuk yang begitu mudah sehingga pelajar berasa karangan satu komponen yang boleh mereka kuasai dengan baik jika tahu teknik yang tertentu. Penghasilan buku ini juga dibuat setelah semua karangan itu diberikan kepada pelajar penulis untuk dilihat komen dan reaksi mereka. Kebanyakan pelajar penulis bersetuju bahawa kandungan buku ini sesuai buat mereka terutama yang agak lemah dalam aspek penulisannya.

Mungkin kerana latar belakang penulis yang banyak pengalaman dalam bidang penulisan dan pendidikan, cara beliau menyusun ayat nampak begitu mudah tetapi maksudnya terus ke arah sasaran tajuk. Ramai pelajar yang boleh menulis tetapi isi mereka sering menyimpang jauh. Mungkin pemilikan buku ini mampu memberi sedikit sebanyak cara menulis yang mudah tetapi efektif kepada pelajar semua.

Harga buku ini begitu berpatutan yakni RM10 berbanding kandungannya yang mampu memberi banyak maafaat kepada pelajar semua. Sesungguhnya, ini satu-satunya buku yang perlu dimiliki oleh pelajar yang sedang dalam ambang peperiksaan itu.

Kamarul Zaman Mohamad.

Sunday, July 5, 2009

Sebab-sebab Islam Di Tentang Penduduk Mekah Pada Peringkat Awal?


Penentangan Terhadap Islam Pada Peringkat Awal?
Islam ditentang kerana pelbagai alasan seperti;

o Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan yang sedia ada
o Prinsip sama taraf sesama manusia dalam agama Islam bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab jahiliah yang mementingkan darjat orang atasan lalu mampu mengubah status quo
o Konsep persaudaraan dalam Islam amat bertentangan dengan konsep assabiah Arab Jahiliah yang mengutamakan kabilah sendiri sahaja
o Orang Quraisy mempunyai anggapan yang salah terhadap tugas nabi kerana menganggap nabi akan menguasai atau mengambil kuasa politik mereka
o Menggugat ekonomi Arab Jahiliah terutama dalam perusahaan patung berhala yang setiap tahun membawa pulangan yang banyak

Tuesday, June 30, 2009

Pakej Persediaan SPM dan PMR BM 2009


Pelajar semua

Sudah pasti perasaan gementar sudah mula terasa dalam jiwa pelajar kini. Keadaan ini merupakan satu perasaan biasa yang bakal wujud dalam diri pelajar itu. Namun, perasaan itu akan mampu diatasi jika pelajar mula membuat persediaan yang sewajarnya. Jadi, satu pakej persediaan SPM telah saya sediakan dalam usaha membantu pelajar membuat persediaan tersebut.

Pakej ini akan merangkumi soalan-soalan karangan, Prosa Klasik, Cerpen, Puisi Tradisional, Drama dan Sajak bersama-sama novel (Bukit Kepong dan Konserto Terakhir. Pakej yang bernilai RM30 ini akan meliputi 12 set soalan yang setiap set pasti mempunyai semua soalan komponen yang sudah dinyatakan di atas itu. Pakej ini akan berjalan selama hampir 3 bulan (bermula Julai ini).

Sesiapa yang berminat dengan pakej ini, sila emel kepada saya segera:

azmanukm@gmail.com
atau
azmanukm@tm.net.my
atau
noorazmanukm@hotmail.com

Persediaan awal penting dalam menghadapi cabaran SPM.

Ceria

Azman

Monday, June 22, 2009

Khalifah dan Ciri-Ciri Pentingnya


Konsep Khalifah

Dalam bahasa Arab perkataan khalifah itu bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w. yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan selepas baginda wafat.

Manakala berdasarkan konsep agama pula perkataan khalifah itu merujuk pemimpin yang bertanggungjawab untuk memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.

Manakala syarta-syarat yang harus dimiliki oleh khalifah ialah:
 lelaki yang merdeka
 beragama islam
 memiliki pengetahuan islam yang baik
 mematuhi perintah Tuhan (Allah)
 sanggup melaksanakan hukum islam dengan adil
 bersifat adil dan akhlak yang mulia
 kesihatan tubuh badan yang baik dan sempurna
 berfikiran bijak dan warak
 mahir menguruskan aspek pentadbiran

Tuesday, June 16, 2009

Faktor-faktor Penanaman Getah di Negara ini


Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan getah di negara ini, antaranya:

 Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai dengan tanaman getah di negara ini berbanding kawasan jajahan British yang lain.
 Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta yang menyaksikan permintaan getah begitu tinggi.
 Kemunculan Henry N.Ridley yang kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah. Ridley berusaha dan berjaya meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara percuma. Sikap bersungguh-sungguh beliau ini telah menyebabkan beliau dianggap sebagai gila.
 Beliau juga berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok. Teknik ini juga begitu efisien pada masa itu.
 Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan elektrik yang memerlukan banyak bekalan getah dengan konsisten.
 Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby kerana mereka mampu untuk melaburkan wang yang banyak.
 Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah untuk tempoh tertentu telah menarik minat pelabur asing itu.
 Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
 Pembanjiran pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
 Industri tanaman kopi mengalami serangan penyakit dan penurunan permintaan lalu membawa kejatuhan harga kopi.

Maklumat Asas Sistem Kangcu Johor


Sistem Kangcu

 Sistem ini merupakan antara sistem pertanian yang unik di negara ini. Sistem ini telah diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.

 Berdasarkan sistem ini tanaman yang diusahakan meliputi gambir dan lada hitam. Sistem ini menggunakan sistem pajakan tanah kepada pengusaha yang datang dari China dan setiap ladang dikenali sebagai kangkar.

 Kejayaan sistem ini telah banyak membawa kemakmuran ekonomi kepada kerajaan Johor

Thursday, June 4, 2009

Apakah Sumber Sejarah


Sumber sejarah

Ada dua yakni sumber pertama dan kedua.

sumber pertama dikenali juga sebagai sumber primer atau bahan dalam bentuk asal atau bersifat asli atau belum diolah atau ditafsir seperti dokumen rasmi, manuskrip dan batu bersurat

sumber kedua dikenali sumber sekunder atau bahan yang telah dikaji atau ditulis oleh pengkaji sejarah seperti buku, majalah, dan laporan sesuatu bahan.

Saturday, May 30, 2009

Konsep dan ciri sejarah?


Konsep sejarah

(1) Pandangan Islam berdasarkan ibn khaldun mengatakan sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.

(2) Pandangan Barat berdasarkan Herodotus mengatakan sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

Ciri-ciri sejarah

kepentingan ciri-ciri sejarah ialah membantu kerja-kerja memahami deretan peristiwa yang telah berlaku dan dapat membentuk gambaran peristiwa yang telah berlaku dengan tepat.

(1) fakta yang tepat dan benar yakni dapat dibuktikan kebenarannya atau tidak boleh direka dan ditokok tambah atau perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya

(2) penting dan bermakna bermaksud peristiwa memberi kesan kepada manusia atau peristiwa yang bermakna

(3) sebab dan akibat bermakna menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa berlaku atau menjawab pertanyaan seperti apa, bila dan siapa, dimana, mengapa dan bagaimana

Monday, May 25, 2009

Pakej Pendidikan Prosa Klasik Antologi Anak Laut dan Kerusi Bermula jun

Pelajar semua

Pakej pendidikan Prosa Klasik Antologi Anak Laut dan Kerusi akan bermula Jun ini. Sesiapa yang berminat dengan pakej ini sila emel kepada saya.

Untuk makluman anda, pakej Sajak sudah bermula April lalu dan pakej Puisi pula pada Mei. Manakala cerpen akan bermula pada Julai.

Selamat belajar

azman

Thursday, May 21, 2009

Siapakah Dol Said


Dol Said pahlawan naning

• dipimpin oleh penghulu dol said
• sebab penentangan ialah:
• british menganggap naning sebagai jajahan melaka atau mereka
• penduduk naning menentang pungutan cukai yang keterlaluan kerana sebanyak 1/10 daripada hasil keluaran pertanian mereka perlu dikenakan sebagai cukai
• menentang pelaksanaan undang-undang british yang bertentangan dengan budaya melayu
• british melarang dol said membicarakan kes jenayah menjejaskan kuasa dan kewibawaan beliau
• menggugat pengaruh dan kuasa dol said kerana dol said diberi amaran dan diugut kerana tidak mematuhi arahan.

Saturday, May 16, 2009

Jenis-jenis mahkamah di Sabah Ketika Era Penjajah


Mahkamah di Sabah

Terdapat beberapa kategori mahkamat di Sabah ketika era pentadbiran British. Antaranya ialah:

Mahkamah majistret
• mengendalikan kes berat seperti kes pembunuhan, penculikan dan rompakan.
• dihakimi oleh pegawai daerah yang biasanya penjajah

Mahkamah anak negeri
• mengendalikan kes pribumi yang berkaitan dengan undang-undang Islam dan adat.
• dihakimi oleh ketua anak negeri yang mahir dalam agama Islam dan adat. Sudah pasti orang tempatan

sebab-sebab SBBU mewujudkan dua jenis mahkamah
• menjimatkan kos tadbiran mereka.
• memastikan jenis hukuman yang dikenakan sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.
• mematuhi syarat piagam dengan memelihara adat resam, agama dan undang-undang penduduk tempatan.

Sunday, May 10, 2009

Kepentingan Kedah kepada SHTI


Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah

Ada tiga sebab utama SHTI berminat dengan pelabuhan Kedah. Antaranya:

a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
banyak kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal
pedagang singgah sebentar sebelum belayar ke Canton, China
tempat berlindung sementara menunggu perubahan tiupan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China
teh dari China diperlukan oleh SHTI
China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera
SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya yang strategik
SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis

Wednesday, May 6, 2009

Siapa Leonardo Da Vinci


Siapakah Leonardo Da Vinci?


Seorang tokoh seniman dan cendekiawan dunia yang terkenal. Beliaulah yang telah mencantikkan gereja dan katedral di Rom dengan melukis. Karya beliau yang terkenal ialah lukisan “Mona Lisa” dan 'The Last Supper".

Beliau dikatakan berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal kerana beliau kuasai banyak ilmu seperti seni bina,s eni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan. Konsep inilah yang memberikan satu enigma kepada masyarakat sehingga kini terhadap diri beliau.

Beliau juga menggunakan konsep Ikuiri untuk mendapatkan sesuatu jawapan tentang sesuatu persoalan atau masalah yang timbul. Sesungguhnya beliau boleh dianggap sebagai mendahului zamannya dengan mempunyai semangat inkuiri yang tinggi untuk mencari jawapan segala kejadian alam. Banyak idea beliau begitu menarik sehingga ke hari ini pada pandangan tokoh-tokoh pemikir dunia.

Kebanyakan idea beliau dilukis dalam buku catatan peribadinya yang sehingga kini idea beliau itu masih digunakan oleh ahli-ahli sains untuk mencari idea awal menghasilkan sesuatu inovasi baru.

Tuesday, May 5, 2009

E-Buku Fakta Isi Karangan 2009 Sudah Siap...


Pelajar semua

Berdasarkan sambutan yang baik dan komen pelajar terhadap E-Buku Karangan 2009, saya sudah menyiapkan satu lagi e-buku yang berkualiti. Semua fakta yang ada merupakan komen pelajar-pelajar saya dan dijadikan sebuah buku yang lengkap.

Seperti biasa semua e-buku saya berharga RM10 sahaja. Ya, murah tetapi berkualiti kerana konsep pendidikan saya ialah semua pelajar berhak mendapat peluang untuk menjadi seorang pelajar yang baik dengan memiliki e-buku saya.

Kali ini bahan dalam e-buku ini melibatkan semua isi-isi yang kemungkinan boleh digunakan untuk semua tajuk atau skop karangan. Memiliki E-Buku Fakta Isi Karangan 2009 ini boleh memudahkan anda untuk menjawab soalan-soalan karangan yang anda rasa sukar.

Semua isi ini disusun dalam bentuk yang mudah untuk dirujuk pantas.

Sesiapa yang berminat sila emel kepada saya: azmanukm@gmail.com atau azmanukm@tm.net.my

Berminat dengan pakej-pakej pendidikan saya? Sila layari blog: karanganbagus.blogspot.com untuk maklumat terkini

Friday, May 1, 2009

Ibn Khaldun Tokoh Ilmuwan Islam Terbilang


Siapakah Ibn Khaldun?


Nama sebenar beliau ialah Abdul Al Rahman Ibn Muhamad. Beliau dilahirkan di Tunisia. Beliau dianggap antara tokoh pemikir yang unggul dan asli sosiologi Islam. Konsep beliau yang terkenal ialah menganggap kehidupan bandar ialah kehidudan manusia yang bertamadun.

Konsep tamadun terbentuk apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan lalu mewujudkan pula semangat tolong menolong dan kerjasama. Penulisannya banyak berasaskan pengalaman sendiri. Karya sulung Muqadimmah – memperkenalkan konsep atau istilah:

Umran bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang

Hadarah yakni bermaksud hidup di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, sopan, adan bermoral yang tinggi.

Karyanya jadi rujukan sarjana barat, bidang sosiologi dan sejarah sehingga kini.

Sunday, April 26, 2009

Konsep Hijrah?


Konsep Hijrah?

Dalam bahasa Arab bermakna berpindah. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dengan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran agama dalam minda Nabi Muhammad.

Pengertian-pengertian lain pula ialah satu konsep perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.

Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun dakwaan ini mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam berdasarkan hujah dibawah:

Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.

Orang Makkah ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan.

Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.

Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

Tuesday, April 21, 2009

Bagimanakah Peribadi Nabi Muhammad?


Keperibadian Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW memiliki empat sifat terpuji iaitu:

Siddiq (berkata benar)
Amanah (dipercayai)
Tabliq (menyampaikan)
Fatanah (bijaksana)


Baginda digelar al-Amin kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong walaupun baginda dalam keadaan bahaya.

Baginda juga bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai rintangan terutama daripada penduduk Quraisy Mekah dan yang lainnya.

Malah, kewibawaan baginda sebagai pemimpin terserlah apabila baginda menyelesaikan persengketaan meletakkan semula Hajar Aswad selepas berlakunya banjir besar yang hampir menimbulkan perbalahan antara suku.

Selain itu baginda pengasih, timbang rasa, merendah diri, sabar, tabah, penyayang, pemaaf dan bijaksana serta berpandangan jauh yang menyebabkan semua orang memandang tinggi akan baginda dan percaya akan baginda.

Mungkin pelajar semua harus mengambil teladan daripada peribadi baginda ini.

Tuesday, April 14, 2009

Pendudukan Jepun?


PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA DAN FAKTOR PERLUASAN KUASANYA

Jepun Memerintah selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945) di negara ini dengan memperkenalkan pemerintahan bercorak ketenteraan. Jepun ketika era ini diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912) yang melancarkan dasar Pemulihan Meiji. Dalam dasar ini penekanan diberikan untuk memodenkan Jepun dan sektor industrinya. Usaha untuk memodenkan negara itu dilakukan dengan mencontohi kemajuan negara-negara Barat. Dasar ini berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh yang singkat iaitu 30 tahun dengan menjadikan negara itu kuasa besar dunia terutama setelah berjaya menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun 1905. Jepun juga mula meluaskan pengaruhnya di China dengan alasan untuk memasarkan hasil keluaran negaranya terutarama industri.

Faktor perluasan kuasa Jepun ialah disebabkan masalah dalam ekonomi negara itu dan juga sekatan ekonomi yang dihadapi oleh mereka. Pertumbuhan penduduk Jepun yang begitu ketara menyebabkan kawasan tanah mereka begitu kurang yang menyebabkan rakyat berasa tidak selesa. Dalam masa yang sama juga Jepun memerlukan lebih banyak bahan mentah untuk sektor industri mereka seperti petroleum dan bijih timah serta getah. Masalah ekonomi ini dirumitkan pula dengan keperluan Jepun untuk memiliki satu pasaran yang lebih besar untuk semua keluaran produknya. Tindakan Jepun menewaskan Rusia sebelum itu dan menguasai China pada tahun 1937 telah dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai satu ancaman baru lalu negara kuasa besar itu mengenakan sekatan ekonomi yang mendorong Jepun bertindak balas dengan menyerang Asia Tenggara. Pada tahun 1936 pula kerajaan Jepun telah dikuasai oleh golongan yang berfahaman ketenteraan dan 1941 Jeneral Tojo telah menjadi Perdana Menteri Jepun.