Sunday, April 26, 2009

Konsep Hijrah?


Konsep Hijrah?

Dalam bahasa Arab bermakna berpindah. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dengan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran agama dalam minda Nabi Muhammad.

Pengertian-pengertian lain pula ialah satu konsep perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.

Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun dakwaan ini mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam berdasarkan hujah dibawah:

Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.

Orang Makkah ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan.

Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.

Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

Tuesday, April 21, 2009

Bagimanakah Peribadi Nabi Muhammad?


Keperibadian Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW memiliki empat sifat terpuji iaitu:

Siddiq (berkata benar)
Amanah (dipercayai)
Tabliq (menyampaikan)
Fatanah (bijaksana)


Baginda digelar al-Amin kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong walaupun baginda dalam keadaan bahaya.

Baginda juga bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai rintangan terutama daripada penduduk Quraisy Mekah dan yang lainnya.

Malah, kewibawaan baginda sebagai pemimpin terserlah apabila baginda menyelesaikan persengketaan meletakkan semula Hajar Aswad selepas berlakunya banjir besar yang hampir menimbulkan perbalahan antara suku.

Selain itu baginda pengasih, timbang rasa, merendah diri, sabar, tabah, penyayang, pemaaf dan bijaksana serta berpandangan jauh yang menyebabkan semua orang memandang tinggi akan baginda dan percaya akan baginda.

Mungkin pelajar semua harus mengambil teladan daripada peribadi baginda ini.

Tuesday, April 14, 2009

Pendudukan Jepun?


PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA DAN FAKTOR PERLUASAN KUASANYA

Jepun Memerintah selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945) di negara ini dengan memperkenalkan pemerintahan bercorak ketenteraan. Jepun ketika era ini diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912) yang melancarkan dasar Pemulihan Meiji. Dalam dasar ini penekanan diberikan untuk memodenkan Jepun dan sektor industrinya. Usaha untuk memodenkan negara itu dilakukan dengan mencontohi kemajuan negara-negara Barat. Dasar ini berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh yang singkat iaitu 30 tahun dengan menjadikan negara itu kuasa besar dunia terutama setelah berjaya menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun 1905. Jepun juga mula meluaskan pengaruhnya di China dengan alasan untuk memasarkan hasil keluaran negaranya terutarama industri.

Faktor perluasan kuasa Jepun ialah disebabkan masalah dalam ekonomi negara itu dan juga sekatan ekonomi yang dihadapi oleh mereka. Pertumbuhan penduduk Jepun yang begitu ketara menyebabkan kawasan tanah mereka begitu kurang yang menyebabkan rakyat berasa tidak selesa. Dalam masa yang sama juga Jepun memerlukan lebih banyak bahan mentah untuk sektor industri mereka seperti petroleum dan bijih timah serta getah. Masalah ekonomi ini dirumitkan pula dengan keperluan Jepun untuk memiliki satu pasaran yang lebih besar untuk semua keluaran produknya. Tindakan Jepun menewaskan Rusia sebelum itu dan menguasai China pada tahun 1937 telah dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai satu ancaman baru lalu negara kuasa besar itu mengenakan sekatan ekonomi yang mendorong Jepun bertindak balas dengan menyerang Asia Tenggara. Pada tahun 1936 pula kerajaan Jepun telah dikuasai oleh golongan yang berfahaman ketenteraan dan 1941 Jeneral Tojo telah menjadi Perdana Menteri Jepun.