Tuesday, April 14, 2009

Pendudukan Jepun?


PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA DAN FAKTOR PERLUASAN KUASANYA

Jepun Memerintah selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945) di negara ini dengan memperkenalkan pemerintahan bercorak ketenteraan. Jepun ketika era ini diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912) yang melancarkan dasar Pemulihan Meiji. Dalam dasar ini penekanan diberikan untuk memodenkan Jepun dan sektor industrinya. Usaha untuk memodenkan negara itu dilakukan dengan mencontohi kemajuan negara-negara Barat. Dasar ini berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh yang singkat iaitu 30 tahun dengan menjadikan negara itu kuasa besar dunia terutama setelah berjaya menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun 1905. Jepun juga mula meluaskan pengaruhnya di China dengan alasan untuk memasarkan hasil keluaran negaranya terutarama industri.

Faktor perluasan kuasa Jepun ialah disebabkan masalah dalam ekonomi negara itu dan juga sekatan ekonomi yang dihadapi oleh mereka. Pertumbuhan penduduk Jepun yang begitu ketara menyebabkan kawasan tanah mereka begitu kurang yang menyebabkan rakyat berasa tidak selesa. Dalam masa yang sama juga Jepun memerlukan lebih banyak bahan mentah untuk sektor industri mereka seperti petroleum dan bijih timah serta getah. Masalah ekonomi ini dirumitkan pula dengan keperluan Jepun untuk memiliki satu pasaran yang lebih besar untuk semua keluaran produknya. Tindakan Jepun menewaskan Rusia sebelum itu dan menguasai China pada tahun 1937 telah dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai satu ancaman baru lalu negara kuasa besar itu mengenakan sekatan ekonomi yang mendorong Jepun bertindak balas dengan menyerang Asia Tenggara. Pada tahun 1936 pula kerajaan Jepun telah dikuasai oleh golongan yang berfahaman ketenteraan dan 1941 Jeneral Tojo telah menjadi Perdana Menteri Jepun.

No comments: