Saturday, May 30, 2009

Konsep dan ciri sejarah?


Konsep sejarah

(1) Pandangan Islam berdasarkan ibn khaldun mengatakan sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.

(2) Pandangan Barat berdasarkan Herodotus mengatakan sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

Ciri-ciri sejarah

kepentingan ciri-ciri sejarah ialah membantu kerja-kerja memahami deretan peristiwa yang telah berlaku dan dapat membentuk gambaran peristiwa yang telah berlaku dengan tepat.

(1) fakta yang tepat dan benar yakni dapat dibuktikan kebenarannya atau tidak boleh direka dan ditokok tambah atau perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya

(2) penting dan bermakna bermaksud peristiwa memberi kesan kepada manusia atau peristiwa yang bermakna

(3) sebab dan akibat bermakna menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa berlaku atau menjawab pertanyaan seperti apa, bila dan siapa, dimana, mengapa dan bagaimana

Monday, May 25, 2009

Pakej Pendidikan Prosa Klasik Antologi Anak Laut dan Kerusi Bermula jun

Pelajar semua

Pakej pendidikan Prosa Klasik Antologi Anak Laut dan Kerusi akan bermula Jun ini. Sesiapa yang berminat dengan pakej ini sila emel kepada saya.

Untuk makluman anda, pakej Sajak sudah bermula April lalu dan pakej Puisi pula pada Mei. Manakala cerpen akan bermula pada Julai.

Selamat belajar

azman

Thursday, May 21, 2009

Siapakah Dol Said


Dol Said pahlawan naning

• dipimpin oleh penghulu dol said
• sebab penentangan ialah:
• british menganggap naning sebagai jajahan melaka atau mereka
• penduduk naning menentang pungutan cukai yang keterlaluan kerana sebanyak 1/10 daripada hasil keluaran pertanian mereka perlu dikenakan sebagai cukai
• menentang pelaksanaan undang-undang british yang bertentangan dengan budaya melayu
• british melarang dol said membicarakan kes jenayah menjejaskan kuasa dan kewibawaan beliau
• menggugat pengaruh dan kuasa dol said kerana dol said diberi amaran dan diugut kerana tidak mematuhi arahan.

Saturday, May 16, 2009

Jenis-jenis mahkamah di Sabah Ketika Era Penjajah


Mahkamah di Sabah

Terdapat beberapa kategori mahkamat di Sabah ketika era pentadbiran British. Antaranya ialah:

Mahkamah majistret
• mengendalikan kes berat seperti kes pembunuhan, penculikan dan rompakan.
• dihakimi oleh pegawai daerah yang biasanya penjajah

Mahkamah anak negeri
• mengendalikan kes pribumi yang berkaitan dengan undang-undang Islam dan adat.
• dihakimi oleh ketua anak negeri yang mahir dalam agama Islam dan adat. Sudah pasti orang tempatan

sebab-sebab SBBU mewujudkan dua jenis mahkamah
• menjimatkan kos tadbiran mereka.
• memastikan jenis hukuman yang dikenakan sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.
• mematuhi syarat piagam dengan memelihara adat resam, agama dan undang-undang penduduk tempatan.

Sunday, May 10, 2009

Kepentingan Kedah kepada SHTI


Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah

Ada tiga sebab utama SHTI berminat dengan pelabuhan Kedah. Antaranya:

a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
banyak kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal
pedagang singgah sebentar sebelum belayar ke Canton, China
tempat berlindung sementara menunggu perubahan tiupan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China
teh dari China diperlukan oleh SHTI
China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera
SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya yang strategik
SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis

Wednesday, May 6, 2009

Siapa Leonardo Da Vinci


Siapakah Leonardo Da Vinci?


Seorang tokoh seniman dan cendekiawan dunia yang terkenal. Beliaulah yang telah mencantikkan gereja dan katedral di Rom dengan melukis. Karya beliau yang terkenal ialah lukisan “Mona Lisa” dan 'The Last Supper".

Beliau dikatakan berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal kerana beliau kuasai banyak ilmu seperti seni bina,s eni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan. Konsep inilah yang memberikan satu enigma kepada masyarakat sehingga kini terhadap diri beliau.

Beliau juga menggunakan konsep Ikuiri untuk mendapatkan sesuatu jawapan tentang sesuatu persoalan atau masalah yang timbul. Sesungguhnya beliau boleh dianggap sebagai mendahului zamannya dengan mempunyai semangat inkuiri yang tinggi untuk mencari jawapan segala kejadian alam. Banyak idea beliau begitu menarik sehingga ke hari ini pada pandangan tokoh-tokoh pemikir dunia.

Kebanyakan idea beliau dilukis dalam buku catatan peribadinya yang sehingga kini idea beliau itu masih digunakan oleh ahli-ahli sains untuk mencari idea awal menghasilkan sesuatu inovasi baru.

Tuesday, May 5, 2009

E-Buku Fakta Isi Karangan 2009 Sudah Siap...


Pelajar semua

Berdasarkan sambutan yang baik dan komen pelajar terhadap E-Buku Karangan 2009, saya sudah menyiapkan satu lagi e-buku yang berkualiti. Semua fakta yang ada merupakan komen pelajar-pelajar saya dan dijadikan sebuah buku yang lengkap.

Seperti biasa semua e-buku saya berharga RM10 sahaja. Ya, murah tetapi berkualiti kerana konsep pendidikan saya ialah semua pelajar berhak mendapat peluang untuk menjadi seorang pelajar yang baik dengan memiliki e-buku saya.

Kali ini bahan dalam e-buku ini melibatkan semua isi-isi yang kemungkinan boleh digunakan untuk semua tajuk atau skop karangan. Memiliki E-Buku Fakta Isi Karangan 2009 ini boleh memudahkan anda untuk menjawab soalan-soalan karangan yang anda rasa sukar.

Semua isi ini disusun dalam bentuk yang mudah untuk dirujuk pantas.

Sesiapa yang berminat sila emel kepada saya: azmanukm@gmail.com atau azmanukm@tm.net.my

Berminat dengan pakej-pakej pendidikan saya? Sila layari blog: karanganbagus.blogspot.com untuk maklumat terkini

Friday, May 1, 2009

Ibn Khaldun Tokoh Ilmuwan Islam Terbilang


Siapakah Ibn Khaldun?


Nama sebenar beliau ialah Abdul Al Rahman Ibn Muhamad. Beliau dilahirkan di Tunisia. Beliau dianggap antara tokoh pemikir yang unggul dan asli sosiologi Islam. Konsep beliau yang terkenal ialah menganggap kehidupan bandar ialah kehidudan manusia yang bertamadun.

Konsep tamadun terbentuk apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan lalu mewujudkan pula semangat tolong menolong dan kerjasama. Penulisannya banyak berasaskan pengalaman sendiri. Karya sulung Muqadimmah – memperkenalkan konsep atau istilah:

Umran bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang

Hadarah yakni bermaksud hidup di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, sopan, adan bermoral yang tinggi.

Karyanya jadi rujukan sarjana barat, bidang sosiologi dan sejarah sehingga kini.