Wednesday, May 6, 2009

Siapa Leonardo Da Vinci


Siapakah Leonardo Da Vinci?


Seorang tokoh seniman dan cendekiawan dunia yang terkenal. Beliaulah yang telah mencantikkan gereja dan katedral di Rom dengan melukis. Karya beliau yang terkenal ialah lukisan “Mona Lisa” dan 'The Last Supper".

Beliau dikatakan berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal kerana beliau kuasai banyak ilmu seperti seni bina,s eni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan. Konsep inilah yang memberikan satu enigma kepada masyarakat sehingga kini terhadap diri beliau.

Beliau juga menggunakan konsep Ikuiri untuk mendapatkan sesuatu jawapan tentang sesuatu persoalan atau masalah yang timbul. Sesungguhnya beliau boleh dianggap sebagai mendahului zamannya dengan mempunyai semangat inkuiri yang tinggi untuk mencari jawapan segala kejadian alam. Banyak idea beliau begitu menarik sehingga ke hari ini pada pandangan tokoh-tokoh pemikir dunia.

Kebanyakan idea beliau dilukis dalam buku catatan peribadinya yang sehingga kini idea beliau itu masih digunakan oleh ahli-ahli sains untuk mencari idea awal menghasilkan sesuatu inovasi baru.

No comments: