Tuesday, June 30, 2009

Pakej Persediaan SPM dan PMR BM 2009


Pelajar semua

Sudah pasti perasaan gementar sudah mula terasa dalam jiwa pelajar kini. Keadaan ini merupakan satu perasaan biasa yang bakal wujud dalam diri pelajar itu. Namun, perasaan itu akan mampu diatasi jika pelajar mula membuat persediaan yang sewajarnya. Jadi, satu pakej persediaan SPM telah saya sediakan dalam usaha membantu pelajar membuat persediaan tersebut.

Pakej ini akan merangkumi soalan-soalan karangan, Prosa Klasik, Cerpen, Puisi Tradisional, Drama dan Sajak bersama-sama novel (Bukit Kepong dan Konserto Terakhir. Pakej yang bernilai RM30 ini akan meliputi 12 set soalan yang setiap set pasti mempunyai semua soalan komponen yang sudah dinyatakan di atas itu. Pakej ini akan berjalan selama hampir 3 bulan (bermula Julai ini).

Sesiapa yang berminat dengan pakej ini, sila emel kepada saya segera:

azmanukm@gmail.com
atau
azmanukm@tm.net.my
atau
noorazmanukm@hotmail.com

Persediaan awal penting dalam menghadapi cabaran SPM.

Ceria

Azman

Monday, June 22, 2009

Khalifah dan Ciri-Ciri Pentingnya


Konsep Khalifah

Dalam bahasa Arab perkataan khalifah itu bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w. yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan selepas baginda wafat.

Manakala berdasarkan konsep agama pula perkataan khalifah itu merujuk pemimpin yang bertanggungjawab untuk memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.

Manakala syarta-syarat yang harus dimiliki oleh khalifah ialah:
 lelaki yang merdeka
 beragama islam
 memiliki pengetahuan islam yang baik
 mematuhi perintah Tuhan (Allah)
 sanggup melaksanakan hukum islam dengan adil
 bersifat adil dan akhlak yang mulia
 kesihatan tubuh badan yang baik dan sempurna
 berfikiran bijak dan warak
 mahir menguruskan aspek pentadbiran

Tuesday, June 16, 2009

Faktor-faktor Penanaman Getah di Negara ini


Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan getah di negara ini, antaranya:

 Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai dengan tanaman getah di negara ini berbanding kawasan jajahan British yang lain.
 Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta yang menyaksikan permintaan getah begitu tinggi.
 Kemunculan Henry N.Ridley yang kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah. Ridley berusaha dan berjaya meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara percuma. Sikap bersungguh-sungguh beliau ini telah menyebabkan beliau dianggap sebagai gila.
 Beliau juga berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok. Teknik ini juga begitu efisien pada masa itu.
 Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan elektrik yang memerlukan banyak bekalan getah dengan konsisten.
 Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby kerana mereka mampu untuk melaburkan wang yang banyak.
 Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah untuk tempoh tertentu telah menarik minat pelabur asing itu.
 Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
 Pembanjiran pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
 Industri tanaman kopi mengalami serangan penyakit dan penurunan permintaan lalu membawa kejatuhan harga kopi.

Maklumat Asas Sistem Kangcu Johor


Sistem Kangcu

 Sistem ini merupakan antara sistem pertanian yang unik di negara ini. Sistem ini telah diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.

 Berdasarkan sistem ini tanaman yang diusahakan meliputi gambir dan lada hitam. Sistem ini menggunakan sistem pajakan tanah kepada pengusaha yang datang dari China dan setiap ladang dikenali sebagai kangkar.

 Kejayaan sistem ini telah banyak membawa kemakmuran ekonomi kepada kerajaan Johor

Thursday, June 4, 2009

Apakah Sumber Sejarah


Sumber sejarah

Ada dua yakni sumber pertama dan kedua.

sumber pertama dikenali juga sebagai sumber primer atau bahan dalam bentuk asal atau bersifat asli atau belum diolah atau ditafsir seperti dokumen rasmi, manuskrip dan batu bersurat

sumber kedua dikenali sumber sekunder atau bahan yang telah dikaji atau ditulis oleh pengkaji sejarah seperti buku, majalah, dan laporan sesuatu bahan.