Tuesday, June 16, 2009

Faktor-faktor Penanaman Getah di Negara ini


Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan getah di negara ini, antaranya:

 Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai dengan tanaman getah di negara ini berbanding kawasan jajahan British yang lain.
 Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta yang menyaksikan permintaan getah begitu tinggi.
 Kemunculan Henry N.Ridley yang kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah. Ridley berusaha dan berjaya meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara percuma. Sikap bersungguh-sungguh beliau ini telah menyebabkan beliau dianggap sebagai gila.
 Beliau juga berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok. Teknik ini juga begitu efisien pada masa itu.
 Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan elektrik yang memerlukan banyak bekalan getah dengan konsisten.
 Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby kerana mereka mampu untuk melaburkan wang yang banyak.
 Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah untuk tempoh tertentu telah menarik minat pelabur asing itu.
 Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
 Pembanjiran pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
 Industri tanaman kopi mengalami serangan penyakit dan penurunan permintaan lalu membawa kejatuhan harga kopi.

2 comments:

hatikecil said...

membantu 4 my exam..tengs

maddi MEIO said...

tulang ikan kering tu buikan sepatutnya tulang ikan herring ka?