Sunday, July 5, 2009

Sebab-sebab Islam Di Tentang Penduduk Mekah Pada Peringkat Awal?


Penentangan Terhadap Islam Pada Peringkat Awal?
Islam ditentang kerana pelbagai alasan seperti;

o Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan yang sedia ada
o Prinsip sama taraf sesama manusia dalam agama Islam bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab jahiliah yang mementingkan darjat orang atasan lalu mampu mengubah status quo
o Konsep persaudaraan dalam Islam amat bertentangan dengan konsep assabiah Arab Jahiliah yang mengutamakan kabilah sendiri sahaja
o Orang Quraisy mempunyai anggapan yang salah terhadap tugas nabi kerana menganggap nabi akan menguasai atau mengambil kuasa politik mereka
o Menggugat ekonomi Arab Jahiliah terutama dalam perusahaan patung berhala yang setiap tahun membawa pulangan yang banyak

No comments: