Tuesday, May 24, 2011

Proses Cadangan Pembentukan Malaysia?


Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

1887 Lord Brassey cadang Sarawak dan Sabah digabungkan dengan Negeri-negeri Melayu.
1948 Sir Malcolm MacDonald cadang Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,, Brunei dan Singapura digabungkan.
1955 Lim Yew Hock dan David Marshall cadang Singapura dan Tanah Melayu digabungkan.
1959 Lee Kuan Yew mahu British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk gabungkan Singapura dengan Tanah Melayu.
1961 Tunku umukan gagasan Malaysia di Singapura.

Sunday, May 15, 2011

Apakah itu Sistem Ahli?

Apakah Sistem Ahli itu?

Satu sistem yang melatih pendudk tempatan untuk mengetuai pentadbiran Tanah Melayu. Sistem ini dibuat pada Januari 1951 hingga Jun 1955.

Idea dicetuskan oleh Dato Onn Jaafar setelah berunding dengan Sir Henry Gurney.

Cadangan sistem ini mengikut model Kenya dan Rhodesia Utara ketika itu.

British bersetuju dengan sistem ahli kerana:

(a) selaras dengan konsep dekolonisasi.
(b) mengurangkan tekanan daripada PKM.
(c) elakkan rakyat tempatan terpengaruh dengan PKM